Monday, 23 July 2012

KhasIat bUah kUrMa



Buah kurma atau dalam bahasa Arabnya tamar tergolong dalam keluarga phoenix. Sekumpulan jenis palm seperti kelapa sawit sementara buahnya bertangkai seperti buah pinang. Kurma mengandung khasiat yang tinggi seperti kismis dan aprikot kering. Antaranya kurma kaya dengan protein, serat, gula, vitamin A dan C serta zat mineral atau galian seperti besi, kalsium, sodium dan potasium

Umat Islam sudah terbiasa berbuka dengan kurma berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w. yang lain maksudnya: "Rumah yang tiada kurma seperti rumah yang tidak mempunyai makanan". Kurma diangkat tinggi oleh Rasulullah karena mempunyai nilai kandungan makanan yang tinggi. 

Kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 1.8 hingga 2.0 per seratus, serat 2.0 hingga 4.0 per seratus dimana kandungan gulanya 50 hingga 57 peratus glukosa. Ini menunjukkan kandungan gula didalamnya telah ditukar secara semula. Bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap tubuh adalah serta-merta. Sebaliknya gula di dalam kebanyakan buah-buahan dikenali sebagai fraktosa dan gula tebu atau gula pasir yang biasa mengandungi sukrosa tidak boleh menyerap terus dalam tubuh. Ia terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa lalu diserap tubuh sebagai tenaga. 

Disunatkan berbuka dengan kurma kerana orang yang berpuasa tidak makan selama 13 jam. Kurma menyumbang tenaga serta-merta kepada si memakan dan ini memudahkan seseorang beribadat dan menunaikan sembahyang maghrib atau tarawih. Apabila tubuh berasa segar dan bertenaga ia menghalang kita makan berlebihan atau mengikut nafsu. Kadangkala waktu berbuka kita makan terlalu banyak, tetapi masih letih dan tidak bertenaga. Sebabnya makanan yang diambil kebanyakan mengandungi karbohidrat, tanpa tenaga serta-merta menjadi penyebab selesai makan, mata pun mengantuk. 

Kita makan kurma tanpa buang kulitnya yang mengandungi serat. Amat baik untuk mencegah barah usus besar kerana ia melawaskan. Sementara kandungan vitamin A dan C amat tinggi pada peringkat khalal atau rotab dan menurun sedikit pada peringkat tamar. Selain itu ia mengandungi zat galian dan yang paling banyak dikenali sebagai potasium. Potasium diperlukan oleh tubuh untuk sistem saraf kerana kurma adalah excellant source atau sumber mujarab. Memang dalam susu, yogurt dan makanan laut juga mengandungi potasium tetapi jumlahnya sedikit. 

Pengambilan potasium yang berlebihan tidak mengumpul toksid di dalam tubuh atau memudaratkan. Sebaliknya ia merangsang selera makan bagi yang berpenyakit serta bagus untuk golongan yang mengalami sembelit, lemah otot, sengal-sengal badan, letih, lesu, mengalami tekanan serta menguatkan ingatan. Ramai beranggapan hanya kismis yang baik untuk menguatkan ingatan, sebenarnya kurma juga setanding. Mungkin atas alasan pihak-pihak tertentu atau negara pengeluar anggur telah menjalankan kempen makan kismis dan mempopularkan khasiatnya. 

Kurma diakui sebagai buah berkhasiat dan sebagaimana Firma Allah s.w.t. dalam surah al-Mukminah ayat 19, "Kemudian kami tumbuhkan kerananya kebun kurma dan anggur untuk kamu. Di sana kamu peroleh buah-buahan yang banyak, dan sebahagiaannya kamu makan.

Diriwayat oleh Aishah r.a. yang menjelaskan, kurma mengandungi ubat. "Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan." Dikisahkan sewaktu Mariam melahirkan Nabi Isa a.s. di bawah pohon kurma. Telah datang malaikat Jibrail menyuruh Mariam menggegar pohon kurma lantas dimakannya. Dengan izin Allah, ia memudahkan kelahiran Nabi Isa a.s. 

Dalam bidang perubatan dengan ketiadaan kolesterol, lemak dan gula di dalam kurma, ia amat baik untuk meredakan tekanan darah tinggi. Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus atau dijadikan serbuk seperti teh. Direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. Begitu juga dalam rawatan kaedah sufism, menjadikan kurma salah satu penawar penyakit. 

Melalui petua tertentu, kurma dimakan bersama badam dan madu untuk menyembuhkan penyakit. Kurma dikatakan menambah tenaga seksual atau batin. Jus buah kurma mungkin baru di negara ini, sebaliknya di negara pengeluar selain dimakan segar, kering atau salai, kurma dibuang biji dan diganti dengan kacang tanah, badam atau gajus bagi mengenakkannya. Kurma juga dibuat jem, sirap atau bahan tambahan dalam aiskrim. 

Kita seharusnya memakan buah kurma bukan hanya dalam bulan puasa sahaja. Kurma baik dijadikan pembasuh mulut selepas makan atau menggantikannya makanan ringan yang rata-rata mengandungi karbohidrat, garam, lemak dan gula berlebihan yang boleh membawa pelbagai jenis penyakit.

Friday, 20 July 2012

peReMpUan tAk suKa leLaKi yAng...


Dalam perhubungan kita perlulah bijak memilih pasangan lebih-lebih lagi bagi wanita untuk memilih lelaki. Kadangkala lelaki yang dipilih itu tidak sesuai untuk dijadikan pasangan atas sebab-sebab yang tertentu. Jom kita ketahui apakah 8 ciri-ciri lelaki yang patut anda jauhi.

1. Penipu Dan Tidak Jujur

Siapa-siapa pun dalam dunia ini pasti tidak suka di tipu. Bila perempuan tipu lelaki melenting dia bukan main lagi, tapi kalau dia tipu perempuan senang-senang saja minta maaf. Yang paling menyakitkan hati, dia tidak mengaku kesalahan diri dia dan sanggup buat cerita lain untuk menutup kesalahannya.

2. Curang Dan Kaki Perempuan

Mana ada perempuan yang sanggup bercinta dengan lelaki yang curang. Ah curang dan kaki perempuan pula tu. Kalau kita sudah sayangkan seseorang itu, mesti kita berharap yang dia akan setia pada kita seorang kan..?? Bercinta ini hanya berdua, bukannya bertiga ataupun berempat.

3. Panas Baran Dan Suka Naik Tangan

Perempuan memang tidak suke lelaki yang cepat naik angin. Nak marah tak tentu pasal. Perempuan nak lelaki yang belai dia, sayang dia. Kalau sebelum kahwin dah tunjuk belang yang suke naik tangan, lepas kahwin nanti macam mana lah..harap anda semua tak ada yang dapat macam ini. Kalau ada berdoalah agar dia berubah.

4. Kaki Kikis

Zaman sekarang ini jangan dikatakan perempuan sahaja yang jadi kaki kikis, lelaki pun ade juga. Hati perempuan ini lembut, sayang punya pasal sanggup habiskan duit sampailah dia pijak kepale kita. Kita sebagai seorang perempuan haruslah tegas erhadap lelaki.

5. Meraba-Raba

Lelaki macam ni adalah lelaki yang sangat patut dan sepatut dijauhi dan mereka bukanlah lelaki yang baik untuk dijadikan suami. Dia bukan sahaja tidak hormat kita sebagai seorang perempuan, tapi dia juga tidak hormat kepada ibubapa yang masih memiliki kita. Jika dia betul sayang pada kita, dia akan menjaga maruah dan kehormatan kita sehinggalah kita menjadi yang sah bagi dia.

6. Biadap Dan Tak Hormat Orang Tua

Lelaki yang baik adalah lelaki yang horamt orang tua. Lepas kahwin nanti ibubapa kita juga akan menjadi ibubapa dia. Kalau dia tidak pandai hormat ibubapa kita sama seperti dia sendir tidak hormat terhadap ibubapanya juga.

7. Mengongkong Dan Cemburu Buta

Lelaki in kalau dah dating perangai cemburunya kalahkan perempuan. Kalau cemburu biasa saja tidak mengapa lagi, tapi kalau dah sampai tahap cemburu buta sangatlah merimaskan. Bila dia dah cemburu perasaan percaya menjadi kurang dan secara tidak laangsung dia akan mengongkong segala hal kita. Memang tidak dinafiakan cemburu itu tandanya sayang. Tapi cemburu itu biarkah berpada-pada.

8. Lupa TUHAN

Ini adalah point yang sangat dan terpenting antara semua point. Keharmonian sebuah keluarga bermula dari kekukuhan ajaran dan didikan islam yang diterapkan dalam diri. Jika lelaki itu lupa tuhan, lupa agama, lupa sembahyang, ,macam mana di anak didik dan imamkan isteri dan anak-anak nanti.
Lelaki yang mampu meninggalkan penciptanya pasti mampu untuk meninggalkan kita.

rEasOn whY gIrl hAtE bOy~~


Di dalam perhubungan diantara lelaki dan perempuan pasti tidak pernah lari daripada masalah persefahaman. Mana taknya, kalau sesekali tak bergaduh pasti hubungan tersebut tidak meriah bukan? Tetapi setiap kali bergaduh pasti si wanita akan menyalahkan kaum lelaki 100%.
Kadangkala juga, si wanita akan menyebut “semua lelaki sama sahaja” dan DuniaMaskulin pasti ramai lelaki yang tidak sukakan ayat ini kerana tidak semua yang begitu bukan? Oleh yang demikian anda perlu mengetahui apakah perkara-perkara yang membuatkan wanita membenci lelaki DuniaMaskulin harap anda dapat hindarinya supaya hubungan anda dengan si dia semakin intim.

1. Meninggikan Suara

Tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.

2. Main Kayu Tiga

Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.

3. Suka ‘Cuci Mata’

Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!

4. Terlalu Mengongkong

Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh kekasih mereka… Macammana tu?

5. Ego

Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.

6. Menipu

Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.

7. Terlalu Perasan

Aduhaiii… lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu… Ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji…

8. Mementingkan Diri Sendiri

Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. Lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih… Egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.

9. Kurang Memberikan Perhatian

Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya… mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.

10. Cemburu Buta

Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!

11. Mata Duitan

Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya ‘lelaki spedo’. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan… apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!

12. Terlalu Komited Terhadap Kerja

Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa…

13. Panas Baran

Aduiii… masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!

14. Kaki Merokok

Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak… asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak… membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.

15. Pengotor

Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah… hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.

16. Gelojoh

Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam ‘food machine’. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?

17. Terlalu Pentingkan Kawan-Kawan

Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan.
Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.

18. Tidak Tahu Menghargai

Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.

19. Putar Belit

Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.

20. Suka Kontrol Macho

Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga!
Oleh itu wahai kaum Adam sekalian,renung-renungkan artikel ini ;-) Kesemua sifat yang tidak disukai wanita ini adalah sifat mazmumah! Bersama hindari agar hubungan lebih harmoni (^-^)

nOTtY bOy pIliHaN wAnitA??


Sesetengah wanita berfikiran bahawa lelaki nakal lebih menarik berbanding lelaki yang skema atau lurus. Lelaki nakal yang dimaksudkan ini bukanlah lelaki yang bersifat jahat seperti menagih dadah, merompak, perogol dan seabgainya.
Lelaki nakal yang dimaksudkan ini ialah lelaki nakal yang suka melakukan perkara-perkara membuatkan perempuan tertarik dengan kelakuannya seperti berjenaka, bermanja dan banyak lagi.
Antara 5 Sebab Lelaki Nakal Lebih Diminati:

    1. Lelaki Nakal Lebih Yakin

    Keyakinan yang terdapat pada diri mereka membuatkan perempuan tertarik. Mereka tidak kisah dengan pandangan orang lain terhadap mereka. Mereka pandai mengurat dan tidak takut untuk mendekati perempuan. Tidak seperti lelaki baik, mereka akan teragak-agak untuk mendekati perempuan.

      2. Lelaki Nakal Lebih Tahu Berkomunikasi

      Mereka sentiasa dapat membuat perempuan gelak ketawa dan tidak bosan berbual bersama mereka. Mereka selalu bualkan perkara yang lain dari yang lain bukan seperti pelajaran, politik dan perkara lain yang orang sudah tahu dan agak membosankan. Mereka ada sahaja perkara menarik yang ingin dikongsikan bersama orang lain.

    3. Lelaki Nakal Lebih Suka Cabaran

    Semua orang sukakan cabaran dan cabaran mempunyai pelbagai jenis. Lelaki nakal lebih sukakan cabaran yang dapat menunjukkan kehebatan mereka seperti seorang hero atau pahlawan.
    Perempuan memang sukakan seorang lelaki yang mempunyai sifat hero atau pahlawan ini kerana mereka berpendapat bahawa lelaki seperti ini dapat melindungi mereka yang bersifat lemah.

      4. Lelaki Nakal Lebih Romantik

      Lelaki nakal ini selalunya mereka mesti pandai bermain alat muzik. Mereka dapat mencairkan hati perempuan dengan permainan jari jemari mereka itu. Mereka juga pandai berkata-kata sehinggakan perempuan tidak keruan mendengarkannya.

    5. Lelaki Nakal Lebih Pandai Bergaya

    Kebersihan dan penampilan seseorang adalah amat penting bagi mata perempuan. Lelaki nakal lebih pandai bergaya kerana mereka mahu di lihat seperti hebat dan segak. Sudah tentu perempuan akan tertarik dengan penampilan lelaki tersebut.
    Jadi bagi anda yang bergelar wanita adakah anda meminati lelaki yang nakal? Tepuk dada tanya hati anda :)

    wAniTa haruS tAhu~~


    Sekiranya anda sebagai wanita inginkan hubungan yang berkekalan dan berpanjangan bersama pasangan anda, anda perlulah mengambil tahu perkara mengenai lelaki dengan lebih mendalam barulah pasangan anda itu akan selesa sepanjang bersama anda.
    Seperti juga golongan wanita, golongan lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan juga memerlukan perhatian cuba golongan lelaki ini amat payah untuk memperlihatkan sensitivi mereka kepada golongan wanita.
    Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.
    Kebanyakkan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita. Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik. Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita.
    Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap wanita. Sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool semata-mata untuk mencuci mata. Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama. Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.
    Bila lelaki bercakap “Emm.. Tengoklah dulu..” itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju. Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya. Kebanyakan lelaki yang nampak ‘desperate’, datang dari sekolah all boys! Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila wanita asyik menyebut nama lelaki lain.
    Lelaki tidak boleh belajar kesemuanya pasal wanita dari perpustakaan atau buku semata-mata. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap wanita dan tak faham kenapa wanita bersikap begitu begini. Kadang-kadang lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan wanita supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.
    Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan ‘flirting’ dengan ramai wanita dan mempunyai ramai skandal tetapi percayalah bahawa si dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa. Yang lain hanya dianggap sebagai kawan dan peneman di kala bosan.
    Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari, maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja. Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah dan memang lumrah lelaki akan memandang tempat-tempat sentitif wanita selain daripada memandang wajah.
    Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih. Cuma dia tidak akan menunjukkannya kesedihannya di depan orang. Bila seorang wanita meminati seorang lelaki, wanita itu patut bagi petunjuk pada lelaki tersebut. Manalah tahu sekiranya lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti kerana kadang kala lelaki ini tidak dapat mengagak hati wanita.
    Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita. Kebanyakan lelaki cukup lemah dengan air mata wanita. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari wanita yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata wanita.
    Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, wanita janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan.

    TipS mEnAmbat hAti gAdiS iDaMAn AnDa..


    Setiap wanita pasti inginkan lelaki yang memahaminya dari segi pandai ambil hatinya, pandai membahagiakannya, pandai menjaga hubungan dan sebagainya supaya hubungannya itu kekal supaya mereka tidak bosan dengan pasangannya.
    Seperti juga lelaki, mereka juga inginkan wanita yang pandai mengambil hatinya. Jadi anda sebagai lelaki, anda perlu tahu apa yang wanita inginkan dan tidak terlalu ikutkan perasaan anda sangat dan mementingkan diri sendiri.
    Jom kita ketahui apakah yang perlu lakukan untuk menambat hati si dia supaya hubungan anda dengan si dia tidak bosan dan tips ini anda boleh gunakan untuk memikat si gadis idaman anda.

    1) Jadi Diri Sendiri

    Cubalah jadi diri sendiri dan jangan ikut style orang lain. Kita kena ingat, tuhan telah jadikan kita cukup sempurna dan unik. Kenapa perlu jadi diri orang lain sedangkan anda dicipta sudah cukup sempurna?
    Yang paling penting, anda mesti yakin pada diri sendiri, tak lembik, dan boleh diharap. Perempuan mana yang suka kalau kekasih dia pengecut dan tak boleh di harap?

    2) Jaga Kebersihan Diri

    Tinjaun yang dilakukan terhadap wanita ciri-ciri lelaki pilihan mereka adalah lelaki itu mesti tahu jaga penampilan diri dan sentiasa bersih. Antaranya ialah :
    • Gigi kena gosok selalu dan tiada saki baki makanan dicelah gigi dan pastikan juga gigi tidak kuning
    • Sentiasa berbau wangi. Semburkan perfume yang wangi-wangi pada badan anda dan pastikan juga ketiak anda ditepek dengan deadorant
    • Kuku kena pendek dan tidak hitam
    • Bagi lelaki yang dihujani dengan misai dan janggut, pastikan sentiasa kemas dan tidak berserabut
    • Jangan merokok. Statistik menunjukkan perempuan tidak suka akan lelaki yang merokok
      • 3) Jangan Terlalu Memaksa

        Kalau iapun anda tergila-gila sangat pada perempuan tu, pastikan anda sentiasa cool dan tidak terlalu memaksa si dia untuk suka pada anda. Bagi kaum hawa, lelaki yang jenis macam ini dianggap seperti kebudak-budakkan.

        4) Kena Senyum Selalu

        Amalan senyum itu adalah sedekah. Banyak kebaikan kalau anda senyum selalu. Muka tak hensem tak apa, yang penting bila senyum nampak manis bila dipandang orang dan orang lain pun senang hati melihat anda.

        5 ) Bahagiakan Dia

        Sifat semulajadi wanita ialah ingin disayangi dan dicintai sepenuh hati oleh kekasih mereka. Kalau muka anda hensem macam Aaron Aziz sekalipun, tetapi langsung tak pernah hiburkan wanita itu, keberangkalian untuk mereka tinggalkan anda amat tinggi sekali.
        Jadi hiburkan hati si dia supaya dia tidak bosan dengan anda. Banyak cara yang boleh anda cuba untuk menghiburkan dia seperti membuat jenaka, menemani dia membeli belah sekali sekala, keluar berjalan-jalan dan sebagainya....

    PetUa mEnArIk pErhAtiAn jEjAkA idAmaN..


    Bukan sahaja si lelaki yang perlu mengetahui bagaimana menarik perhatian golongan wanita tetapi golongan wanita juga perlu mengetahui bagaimana menarik perhatian lelaki sekiranya mereka minat dan ingin menjalinkan hubungan dengan mereka.
    Sebagai seorang yang betul-betul inginkan sesebuah hubungan, anda perlulah tahu apa yang mereka inginkan dan apa yang mereka tidak inginkan. Jadi petua di bawah mungkin sedikit sebanyak boleh membantu anda untuk menarik perhatian si jejaka idaman anda.
    • Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan mereka
    • Pandai memasak adalah ciri-ciri utama mengapa lelaki mudah terpikat dengan anda
    • Berpewatakan menarik mampu menarik minat mereka
    • Jujur dan sentiasa merendah diri
    • Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tidak suka
    • Mempunyai bentuk badan yang menarik (terpulang kepada individu)
    • Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut
    • Pandai dalam memainkan peranan sebagai seorang wanita
    • Jangan terlalu mengongkong
    • Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan
    • Jaga cara pemakaian anda, seksi atau tidak terpulang kepada lelaki yang anda minati
    • Sering memberikan kad ucapan buat si dia yang kamu minati untuk ‘plan’ pertama memikat dirinya
    • Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu
    • Apabila berhadapan dengan lelaki yang kamu minati, renungi matanya dan tunjukkan sifat humor kamu
    • Jangan bersikap selalu jual mahal apabila berada bersama mereka
    • Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan
    • Tidak mudah putus asa dan sentiasa berdiri di atas kaki sendiri tanpa meminta pertolongan dari orang lain
    • Jangan suka bercakap benda yang tidak berfaedah ketika bercakap dengan mereka
    • Jangan bandingkan ‘dia’ dengan lelaki-lelaki yang pernah kamu kenali
    • Menjadi temannya ketika dia susah dan senang
    • Lelaki suka kamu menjadi pendengar yang setia dan tidak suka wanita yang suka membangkang
    • Yang paling penting lelaki suka dimanjai dengan belaian dan kata-kata yang romantik
    • Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki
    • Lelaki tidak suka jika kamu memakai mekap yang terlalu tebal
    • Mengetahui bila hari lahirnya
    • Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya
    • Bersikap matang dalam tutur-kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan
    • Agresif
    • Jangan terlalu ‘excited’ ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk perkenalan pertama
    • Jangan terlalu bersikap ‘kelakian’ dan ganas dalam pergaulan
    • Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik dan ‘perfect’
    • Jangan perasan bahawa kamu ini mempunyai paras rupa yang jelita
    • Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan
    • Bersikap keibuan adalah antara tips yang perlu kamu titik beratkan
    • Sentiasa bercakap lembut dengan mereka
    • Ketahuilah mereka ini adalah golongan yang terlalu sensitif dan suka akan kelembutan apatah lagi dari seorang gadis
    • Kenali siapa dirinya sebenarnya sebelum kamu memulakan langkah untuk memikat
    • Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah kamu dipenuhi jerawat batu!
    • Aset penting bagi kamu untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah kamu yang kemas
    • Jangan bersikap terlalu kuno
    • Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu agar tali persahabatan kamu dengannya tidak putus begitu sahaja. Mungkin suatu hari nanti sikap kamu yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya
    • Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran yang penting tetapi kecerdikan, kejujuran dan tingkah laku yang bersopan-santun
    • Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama
    • Menunjukkan bahawa kamu bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan
    • Jangan terlalu merengek dan mengada-ngada
    • Jangan tunjukkan kelemahan kamu ketika berada di samping lelaki yang kamu minati
    • Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang
    • Berjaya di dalam apa jua bidang yang kamu ceburi
    • Tidak terlalu meminta dan jaga tata tertib kamu di meja makan
    • Jangan terlalu over nanti lelaki akan meluat pula dengan kamu!
    • Harap petua-petua di atas dapat membantu anda menambat hari si dia :)

    lOve fAcT..




    Kehidupan kita di dunia ini penuh dengan informasi dan dihujani dengan pelbagai maklumat baik yang berguna dan tidak kurang juga yang negatif. Berita-berita negatif seperti peperangan, pembunuhan, jenayah dan seumpamanya memberi energi negatif terhadap pemikiran kita.
    Kita memerlukan cinta untuk mengimbangi energi negatif yang berada di persekitaran kita. Jadi disini kami ingin membawa fakta cinta yang boleh menceriakan hari anda dan boleh digunakan atau dipraktikkan sebagai inspirasi kepada hubungan bersama pasangan anda.

    8 Fakta Menarik Dan Unik Mengenai Cinta

    1. Otak Manusia

    Kajian otak manusia menunjukkan bahawa jika sesorang melihat dan merenung gambar orang yang disayanginya dalam tempoh yang lama, ia akan meransang bahagian ‘caudate’ otak iaitu bahagian yang menghasilkan rasa kemahuan yang kuat (craving) dimana ia akan membuatkan seseorang itu akan merasa rindu dan ingin bertemu dengannya.

    2. Ciuman

    Lelaki yang mencium isterinya di pagi hari dikatakan akan hidup 5 tahun lebih lama daripada lelaki yang tidak melakukannya kerana lelaki yang melakukan ciuman ini terhadap isterinya akan sentiasa berada di dalam keadaan bahagia dan tiada ada perkara yang merunsingkannya. (Ape lagi, ciumlah isteri anda atau sekadar pelukan manja pun sudah memadai)

    3. Perkenalan

    2 per 3 mengatakan bahawa mereka jatuh cinta kepada seseorang yang mereka kenal lama berbanding dengan seseorang yang mereka baru kenal.(Selebihnya cinta pandang pertama kot)

    4. Kata-Kata Cinta

    43% wanita tidak suka lelaki menulis ‘love’ atau ‘cinta’ di atas kad, email dan sms melainkan kata-kata tersebut disertakan dengan komitmen. (Nampaknya kaum hawa memandang serius terhadap kata-kata cinta)

    5. Hormon

    Seseorang yang baru jatuh cinta dan dilamun cinta akan mengeluarkan hormon serotonin yang sedikit, jumlahnya seperti tahap kandungan hormon orang yang dilanda penyakit obsesi terlampau. Sebab tu orang yang dilamun cinta memang kelihatan seperti orang gila :)

    6. Kenangan

    Mengikut kajian Dr. Helen Fisher dari Rutgers University, penulis buku ‘Why We Love‘, apabila seseorang baru berpisah (break up), dia akan berasa semakin sayang terhadap bekas pasangannya. Bahagian otak yang membuat kita rasa gembira terus aktif pada ketika ini. (Sebab tu lah kebanyakan pasangan yang baru berpisah tak boleh tahan perasaan sayang dan rindu sewaktu mereka masih bersama dulu)

    7. Jodoh

    Mengikut teori matematik, seseorang seharusnya bercinta/couple dengan sedozen orang sebelum menemui pasangan yang boleh dijadikan pasangan hidup sejati. (Teori matematik je pon, sukati andalah nak ikut ke tak)

    8. Perasaan

    Ini akan mengejutkan anda : Cinta yang bahagia akan membuatkan kedua-dua lelaki dan wanita menjadi gembira. Semakin kuat komitmen mereka terhadap hubungan, semakin bertambah gembira mereka.
    Semoga fakta-fakta diatas dapat membantu menyemarakkan lagi kasih sayang anda terhadap pasangan anda :) <3

    dIlEmA dAlAm bErcIntA~~


    Sebelum anda menjalinkan hubungan cinta anda bebas melakukan apa sahaja dan tiada siapa yang melarang apa yang anda lakukan seharian selain ahli keluarga anda dan juga anda bebas dari sebarang apa-apa perasaan jadi mereka yang tidak menjalinkan hubungan cinta tidak terikat dengan cinta, bebas berbelanja, bebas kemana sahaja dan bebas keluar dengan sesiapa sahaja.
    Berlainan pula pada mereka yang telah menjalinkan hubungan cinta sama ada lelaki mahupun wanita mereka akan mula berkongsi apa sahaja dengan pasangan mereka. Masa yang ada akan digunakan untuk diluangkan bersama pasangan. Kadangkala kebebasan juga akan diterhadkan kerana kita perlu memberi ruang banyak untuk pasangan kita. Benarlah kata orang “Cinta Itu Buta” dan mampu mengubah manusia.
    Apabila terbinanya sesebuah hubungan cinta, kebiasaannya hubungan cinta tersebut adalah HANGAT. Kehangatan yang dimaksudkan disini adalah dari segi KEKERAPAN..
    • Kekerapan untuk berhubung (call, sms, mms, email, online)
    • Kekerapan untuk berjumpa
    • Kekerapan untuk memahami antara satu sama lain
    • Kekerapan untuk saling memberi dan menerima
    • Kekerapan untuk melakukan aktiviti bersama
    Itu adalah contoh untuk kehebatan cinta di awal perhubungan cinta. Kami yakin dan pasti anda sedar kekerapan tersebut ada di dalam perhubungan cinta anda.
    Persoalan
    DILEMMA! Anda akan mula bertanya-tanya. Anda mulai mempersoalkan pelbagai perkara yang melibatkan pasangan anda dan masa depan anda berdua. Anda mulai RISAU, terasa KEHANGATAN hubungan anda mulai sejuk.
    Antara beberapa perkara yang mungkin menjadi PERSOALAN dan KERISAUAN anda mungkin adalah…
    • Pasangan anda didapati curang (wujud orang ke-3)
    • Pasangan anda mula mengharapkan sesuatu yang diLuar kemampuan anda
    • Pasangan anda mula mengongkong atau menyekat “social lifes” anda
    • Pasangan anda mula mengasingkan diri daripada anda
    • Pasangan anda mula menunjukkan sifat- sifat yang kurang anda senangi

    Kami yakin dan pasti, PERSOALAN di atas pasti akan anda alami walaupun wujud ribuan persoalan yang lain bukan?
    Tarik nafas dan rileks. Usah terlampau risau. Ini adalah cabaran anda di dalam proses mengenali perhubugan cinta. Kewujudan teman-teman anda disekeliling akan banyak membantu anda untuk mengatasi cabaran dilema cinta anda. :)

    Tips Untuk Mengatasi Dilema Cinta

    Langkah 1 Kenal pasti KEKERAPAN yang melibatkan anda dan pasangan anda di awal perhubungan cinta anda.
    Langkah 2 Kenal pasti PERSOALAN yang timbul di sepanjang hubungan anda dan pasangan anda yang menyebabkan anda mengalami dilema cinta.
    Langkah 3 Atasi PERSOALAN ini dengan teknik yang betul.
    Sentiasa terapkan prinsip “Setiap Permasalahan Pasti Ada Penyelesainnya” di dalam perhubungan cinta anda. Tiada perkara yang mustahil untuk diselesaikan di dunia ini. Jika anda inginkan perhubungan cinta yang lebih baik maka anda harus perihatin terhadap hubungan cinta anda SEKARANG!
    Sentiasa ingat, “BREAK UP” bukanlah jalan penyelesaian yang terbaik, tetapi sekiranya anda tidak mampu berbuat apa-apa dan tidak tahan inilah jalan terakhir bagi anda dan pasangan anda.

    CinTa rEmAjA iTu sEkEjAp??



    Remaja mengenal erti cinta itu biasa, Tetapi menjadi tidak biasa ketika remaja pintar mengelolakan cintanya. Dengan pergaulan yang longgar, lelaki dan perempuan bertemu bila masa sahaja, perasaan cinta mungkin terjadi. Apakah itu sudah masuk ke tahap cinta sejati?
    Tidak juga. Kerana sebahagian besar remaja memutuskan untuk mencintai hanya kerana penampilan fizikal pasangannya sehingga dia jatuh hati dan berkata, “Oh! Indahnya andai aku dapat bercinta dengannya”
    Manusia memang suka akan sesuatu yang indah. Contohnya, kamu disuruh memilih antara dua helai baju, yang pertamanya cantik dan yang kedua itu tidak cantik. Maka, mana satu yang kamu pilih? Tentu sahaja fitrahnya kamu akan memilih baju yang cantik, bukan?
    Sama lah dengan dirimu ketika remaja. Semangat yang baru tumbuh dan berdarah muda, mengiringi kamu dengan keseronokan bersama rakan-rakan di sekitar kamu. Kamu akan mula membezakan rakan-rakan yang tergolong dalam kategori cantik dan kurang cantik.
    Perkataan ‘kurang cantik’ sengaja dipilih atas sebab sifat semulajadi perempuan yang dilahirkan cantik. Siapa sebenarnya yang mengajar kamu membezakan cantik ataupun tidak cantik? Tidak ada sesiapa sebenarnya.
    Kenapa? Kerana kecantikan itu berbeza pada persepsi masing-masing. Ada yang akan mengatakan yang putih itu cantik, dan ada yang akan mengatakan yang biru itu cantik. Ianya berbalik pada selera masing-masing. Jadi kalau begitu, pesanannya hanya satu, jangan terburu-buru jatuh cinta bila melihat orang yang cantik.
    Di dunia ini terlalu ramai orang yang cantik. Bayangkan betapa rumitnya kalau anda jatuh cinta dengan kesemuanya sekali? Jangan rambang mata kerana kamu baru hendak mengenal dunia. Jangan beranggapan bahawa menjumpai wanita cantik bererti kamu perlu mengakhirinya dengan cinta, kerana takut kamu akan kecewa dan merosakkan masa depan kamu.
    Bersikaplah sebagai makhluk Tuhan bernama manusia yang cerdik dan boleh membawa diri dalam pergaulan yang baik. Bukan yang cantik pada luar itu cantik di dalam. Adalah lebih baik mencari yang cantik di dalam berbanding cantik diluar sahaja tetapi adalah bonus buat kamu sekiranya kamu dapat mencari cantik diluar dan juga di dalam :)

    Nuffnang Ads