Buah kurma atau dalam bahasa Arabnya tamar tergolong
dalam keluarga phoenix. Sekumpulan jenis palm seperti kelapa sawit
sementara buahnya bertangkai seperti buah pinang. Kurma mengandung khasiat yang
tinggi seperti kismis dan aprikot kering. Antaranya kurma kaya dengan protein,
serat, gula, vitamin A dan C serta zat mineral atau galian seperti besi,
kalsium, sodium dan potasium.
Umat Islam sudah terbiasa berbuka dengan kurma berdasarkan
sabda Rasulullah s.a.w. yang lain maksudnya: "Rumah yang tiada kurma
seperti rumah yang tidak mempunyai makanan". Kurma diangkat tinggi
oleh Rasulullah karena mempunyai nilai kandungan makanan yang tinggi.
Kandungan protein di
dalam kurma lebih kurang 1.8 hingga 2.0 per seratus, serat 2.0 hingga 4.0 per
seratus dimana kandungan gulanya 50 hingga 57 peratus glukosa. Ini menunjukkan
kandungan gula didalamnya telah ditukar secara semula. Bermakna apabila
kita memakan kurma, tenaga yang diserap tubuh adalah serta-merta.
Sebaliknya gula di dalam kebanyakan buah-buahan dikenali sebagai fraktosa dan
gula tebu atau gula pasir yang biasa mengandungi sukrosa tidak boleh menyerap
terus dalam tubuh. Ia terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar
menjadi glukosa lalu diserap tubuh sebagai tenaga.
Disunatkan berbuka dengan kurma kerana
orang yang berpuasa tidak makan selama 13 jam. Kurma menyumbang tenaga serta-merta kepada si memakan dan ini memudahkan seseorang beribadat dan menunaikan sembahyang
maghrib atau tarawih. Apabila tubuh berasa segar dan
bertenaga ia menghalang kita makan berlebihan atau mengikut nafsu. Kadangkala
waktu berbuka kita makan terlalu banyak, tetapi masih letih dan tidak
bertenaga. Sebabnya makanan yang diambil kebanyakan mengandungi karbohidrat,
tanpa tenaga serta-merta menjadi penyebab selesai makan, mata pun
mengantuk.
Kita makan kurma tanpa buang kulitnya
yang mengandungi serat. Amat baik untuk mencegah barah usus besar kerana
ia melawaskan. Sementara kandungan vitamin A dan C amat tinggi pada peringkat
khalal atau rotab dan menurun sedikit pada peringkat tamar. Selain itu ia
mengandungi zat galian dan yang paling banyak dikenali sebagai potasium.
Potasium diperlukan oleh tubuh untuk sistem saraf kerana kurma adalah excellant
source atau sumber mujarab. Memang dalam susu, yogurt dan makanan laut juga
mengandungi potasium tetapi jumlahnya sedikit.
Pengambilan potasium yang
berlebihan tidak mengumpul
toksid di dalam tubuh atau memudaratkan. Sebaliknya ia merangsang selera makan
bagi yang berpenyakit serta bagus untuk
golongan yang mengalami sembelit, lemah otot, sengal-sengal badan, letih, lesu,
mengalami tekanan serta menguatkan ingatan. Ramai beranggapan
hanya kismis yang baik untuk menguatkan ingatan, sebenarnya
kurma juga setanding. Mungkin atas alasan pihak-pihak tertentu atau negara pengeluar
anggur telah menjalankan kempen makan kismis dan mempopularkan
khasiatnya.
Kurma diakui sebagai buah berkhasiat
dan sebagaimana Firma Allah s.w.t. dalam surah al-Mukminah ayat 19, "Kemudian
kami tumbuhkan kerananya kebun kurma dan anggur untuk kamu. Di sana kamu
peroleh buah-buahan yang banyak, dan sebahagiaannya kamu makan."
Diriwayat oleh Aishah r.a. yang
menjelaskan, kurma mengandungi ubat. "Jika sesiapa yang
selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan." Dikisahkan sewaktu Mariam melahirkan Nabi Isa a.s. di
bawah pohon kurma. Telah datang malaikat Jibrail menyuruh Mariam menggegar
pohon kurma lantas dimakannya. Dengan izin Allah, ia memudahkan
kelahiran Nabi Isa a.s.
Dalam bidang perubatan dengan
ketiadaan kolesterol, lemak dan gula di dalam kurma, ia amat baik
untuk meredakan tekanan darah tinggi. Dalam perubatan homeopati, biji
kurma dikisar halus atau dijadikan serbuk seperti teh. Direndam dan diminum
bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. Begitu juga dalam rawatan kaedah
sufism, menjadikan kurma salah satu penawar penyakit.
Melalui petua tertentu, kurma dimakan
bersama badam dan madu untuk menyembuhkan penyakit. Kurma dikatakan menambah
tenaga seksual atau batin. Jus buah kurma mungkin baru di negara ini, sebaliknya
di negara pengeluar selain dimakan segar, kering atau salai, kurma dibuang biji
dan diganti dengan kacang tanah, badam atau gajus bagi mengenakkannya. Kurma
juga dibuat jem, sirap atau bahan tambahan dalam aiskrim.
Kita seharusnya memakan buah kurma
bukan hanya dalam bulan puasa sahaja. Kurma baik dijadikan pembasuh mulut
selepas makan atau menggantikannya makanan ringan yang rata-rata mengandungi
karbohidrat, garam, lemak dan gula berlebihan yang boleh membawa pelbagai jenis
penyakit.