Sebelum anda menjalinkan hubungan cinta anda bebas melakukan apa sahaja dan tiada siapa yang melarang apa yang anda lakukan seharian selain ahli keluarga anda dan juga anda bebas dari sebarang apa-apa perasaan jadi mereka yang tidak menjalinkan hubungan cinta tidak terikat dengan cinta, bebas berbelanja, bebas kemana sahaja dan bebas keluar dengan sesiapa sahaja.
Berlainan pula pada mereka yang telah menjalinkan hubungan cinta sama ada lelaki mahupun wanita mereka akan mula berkongsi apa sahaja dengan pasangan mereka. Masa yang ada akan digunakan untuk diluangkan bersama pasangan. Kadangkala kebebasan juga akan diterhadkan kerana kita perlu memberi ruang banyak untuk pasangan kita. Benarlah kata orang “Cinta Itu Buta” dan mampu mengubah manusia.
Apabila terbinanya sesebuah hubungan cinta, kebiasaannya hubungan cinta tersebut adalah HANGAT. Kehangatan yang dimaksudkan disini adalah dari segi KEKERAPAN..
- Kekerapan untuk berhubung (call, sms, mms, email, online)
- Kekerapan untuk berjumpa
- Kekerapan untuk memahami antara satu sama lain
- Kekerapan untuk saling memberi dan menerima
- Kekerapan untuk melakukan aktiviti bersama

Itu adalah contoh untuk kehebatan cinta di awal perhubungan cinta. Kami yakin dan pasti anda sedar kekerapan tersebut ada di dalam perhubungan cinta anda.
Persoalan
DILEMMA! Anda akan mula bertanya-tanya. Anda mulai mempersoalkan pelbagai perkara yang melibatkan pasangan anda dan masa depan anda berdua. Anda mulai RISAU, terasa KEHANGATAN hubungan anda mulai sejuk.
Antara beberapa perkara yang mungkin menjadi PERSOALAN dan KERISAUAN anda mungkin adalah…
- Pasangan anda didapati curang (wujud orang ke-3)
- Pasangan anda mula mengharapkan sesuatu yang diLuar kemampuan anda
- Pasangan anda mula mengongkong atau menyekat “social lifes” anda
- Pasangan anda mula mengasingkan diri daripada anda
- Pasangan anda mula menunjukkan sifat- sifat yang kurang anda senangi
Kami yakin dan pasti, PERSOALAN di atas pasti akan anda alami walaupun wujud ribuan persoalan yang lain bukan?
Tarik nafas dan rileks. Usah terlampau risau. Ini adalah cabaran anda di dalam proses mengenali perhubugan cinta. Kewujudan teman-teman anda disekeliling akan banyak membantu anda untuk mengatasi cabaran dilema cinta anda. :)
Tips Untuk Mengatasi Dilema Cinta
Langkah 1 Kenal pasti KEKERAPAN yang melibatkan anda dan pasangan anda di awal perhubungan cinta anda.
Langkah 2 Kenal pasti PERSOALAN yang timbul di sepanjang hubungan anda dan pasangan anda yang menyebabkan anda mengalami dilema cinta.
Langkah 3 Atasi PERSOALAN ini dengan teknik yang betul.
Sentiasa terapkan prinsip “Setiap Permasalahan Pasti Ada Penyelesainnya” di dalam perhubungan cinta anda. Tiada perkara yang mustahil untuk diselesaikan di dunia ini. Jika anda inginkan perhubungan cinta yang lebih baik maka anda harus perihatin terhadap hubungan cinta anda SEKARANG!
Sentiasa ingat, “BREAK UP” bukanlah jalan penyelesaian yang terbaik, tetapi sekiranya anda tidak mampu berbuat apa-apa dan tidak tahan inilah jalan terakhir bagi anda dan pasangan anda.