Friday, 20 July 2012

wAniTa haruS tAhu~~


Sekiranya anda sebagai wanita inginkan hubungan yang berkekalan dan berpanjangan bersama pasangan anda, anda perlulah mengambil tahu perkara mengenai lelaki dengan lebih mendalam barulah pasangan anda itu akan selesa sepanjang bersama anda.
Seperti juga golongan wanita, golongan lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan juga memerlukan perhatian cuba golongan lelaki ini amat payah untuk memperlihatkan sensitivi mereka kepada golongan wanita.
Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.
Kebanyakkan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita. Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik. Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita.
Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap wanita. Sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool semata-mata untuk mencuci mata. Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama. Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.
Bila lelaki bercakap “Emm.. Tengoklah dulu..” itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju. Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya. Kebanyakan lelaki yang nampak ‘desperate’, datang dari sekolah all boys! Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila wanita asyik menyebut nama lelaki lain.
Lelaki tidak boleh belajar kesemuanya pasal wanita dari perpustakaan atau buku semata-mata. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap wanita dan tak faham kenapa wanita bersikap begitu begini. Kadang-kadang lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan wanita supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.
Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan ‘flirting’ dengan ramai wanita dan mempunyai ramai skandal tetapi percayalah bahawa si dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa. Yang lain hanya dianggap sebagai kawan dan peneman di kala bosan.
Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari, maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja. Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah dan memang lumrah lelaki akan memandang tempat-tempat sentitif wanita selain daripada memandang wajah.
Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih. Cuma dia tidak akan menunjukkannya kesedihannya di depan orang. Bila seorang wanita meminati seorang lelaki, wanita itu patut bagi petunjuk pada lelaki tersebut. Manalah tahu sekiranya lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti kerana kadang kala lelaki ini tidak dapat mengagak hati wanita.
Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita. Kebanyakan lelaki cukup lemah dengan air mata wanita. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari wanita yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata wanita.
Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, wanita janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan.