Remaja mengenal erti cinta itu biasa, Tetapi menjadi tidak biasa ketika remaja pintar mengelolakan cintanya. Dengan pergaulan yang longgar, lelaki dan perempuan bertemu bila masa sahaja, perasaan cinta mungkin terjadi. Apakah itu sudah masuk ke tahap cinta sejati?
Tidak juga. Kerana sebahagian besar remaja memutuskan untuk mencintai hanya kerana penampilan fizikal pasangannya sehingga dia jatuh hati dan berkata, “Oh! Indahnya andai aku dapat bercinta dengannya”
Manusia memang suka akan sesuatu yang indah. Contohnya, kamu disuruh memilih antara dua helai baju, yang pertamanya cantik dan yang kedua itu tidak cantik. Maka, mana satu yang kamu pilih? Tentu sahaja fitrahnya kamu akan memilih baju yang cantik, bukan?
Sama lah dengan dirimu ketika remaja. Semangat yang baru tumbuh dan berdarah muda, mengiringi kamu dengan keseronokan bersama rakan-rakan di sekitar kamu. Kamu akan mula membezakan rakan-rakan yang tergolong dalam kategori cantik dan kurang cantik.
Perkataan ‘kurang cantik’ sengaja dipilih atas sebab sifat semulajadi perempuan yang dilahirkan cantik. Siapa sebenarnya yang mengajar kamu membezakan cantik ataupun tidak cantik? Tidak ada sesiapa sebenarnya.
Kenapa? Kerana kecantikan itu berbeza pada persepsi masing-masing. Ada yang akan mengatakan yang putih itu cantik, dan ada yang akan mengatakan yang biru itu cantik. Ianya berbalik pada selera masing-masing. Jadi kalau begitu, pesanannya hanya satu, jangan terburu-buru jatuh cinta bila melihat orang yang cantik.
Di dunia ini terlalu ramai orang yang cantik. Bayangkan betapa rumitnya kalau anda jatuh cinta dengan kesemuanya sekali? Jangan rambang mata kerana kamu baru hendak mengenal dunia. Jangan beranggapan bahawa menjumpai wanita cantik bererti kamu perlu mengakhirinya dengan cinta, kerana takut kamu akan kecewa dan merosakkan masa depan kamu.
Bersikaplah sebagai makhluk Tuhan bernama manusia yang cerdik dan boleh membawa diri dalam pergaulan yang baik. Bukan yang cantik pada luar itu cantik di dalam. Adalah lebih baik mencari yang cantik di dalam berbanding cantik diluar sahaja tetapi adalah bonus buat kamu sekiranya kamu dapat mencari cantik diluar dan juga di dalam :)