Saturday, 18 May 2013

KAMUS:: LOGHAT KEDAH

  1. Aci; maknanya patut. Tapi jarang digunakan dengan sendirinya. Selalunya disebut Tak Aci, maknanya tak patut
  2. Acum; lebihkurang maknanya menceritakan hal2 yg tak elok pasai orang lain, tapi bukannya fitnah/ umpat ke, sebab yang mengacum ni selalunya budak2. So lebih tepat dalam Bahasa Inggeris ialah snitched.
  3. Awat maknanya MENGAPA?, ataupun KENAPA or APASAL?
  4. Ayag acag = air buangan dari dapur yang bergenang di atas tanah.
  5. Bagi; dalam bahasa baku ini kata sendi. Tapi dalam bahasa bapaku (ie Bahasa Utara), bagi ni maknanya BERI.
  6. Bakig maknanya basi, tapi secara khususnya kepada susu bayi.
  7. Bakop; mata bengkak sampai tertutup penglihatan macam boxers after the big fight
  8. Balog Liat; penyegan nak mampoih....ie orang pemalas hard core
  9. Balon; kalau hang balog liag hang akan kena balon selalu, ie PUKUL dengan menggunakan tangan. Selalunya balon dengan tali pinggang, atau rotan dll. Kalau kena sepak (ie dengan kaki) tak dipanggil kena balon.
  10. Bangap; atau Bengap.....maknanya tak berapa cerdik....simpleton gitu.
  11. Bangsa ni bukannya races.....tapi dalam Bahasa Kedah maknanya JENIS. Kalau ayah hang pi pekan dan bawak balik beberapa bangsa buah2an, maknanya adalah durian, manggis, cempedak dll.
  12. Bantai, yang ni ada dua makna, katakerja ialah KENA PUKUL, kata nama ialah BANTAL lah.
  13. Banyak akai = Bahasa bakunya BANYAK AKAL. Tapi tidak bermakna bijak. Ia bermakna meragam. Dimaksudkan kepada kanak-kanak yang suka meragam dan tidak pasti apa yag dia nak. Misalnya meminta membeli mainan itu, mainan ini kalau mak bapak bawak pi kedai.
  14. Bapak ghandok = KAMBING JANTAN yang dah dewasa dan bertandok. Dan yang selalu menggatal mengorat betina
  15. Beban (bukan béban iaitu sesuatu yang dipikul) bermakna seseorang yang buat dék saja, tak nak dengar cakap. Kalau orang suruh hang buat something, dan selalunya hang buat liat nak respon, depa kata hang ni BEBAN lah. Seorang yang BEBAN akan menjadi béban kepada keluarga dia.
  16. Bécambah = dalam kuantiti yang banyak. Kalau orang tu kaya, dia ada duit becambah.
  17. Bédai = pukul dengan rotan/ atau lidi atau apa2 saja alat yang halus dan panjang.
  18. Bedak-bedak = MEMBAHAGI-BAHAGI kan
  19. Bédanog = state of uncleanliness. Kalau hang pi buat kerja dalam bendang, lepas tu selut penuh di seluruh badan, atau hang kerja di workshop repair motor, lepas tu habis diselaputi minyak, orang kata hang Bedanog lah. Kalau selut dekat betis saja, orang kata BELUTIN.
  20. Bédédam = bersusun-susun atau rapat-rapat. Kalau kereta bededam maksudnya banyak kereta sampai traffic jam. Kalau anak bededam maksudnya rapat-rapat, selang setahun beranak sorang.  
  21. Bédé-eh = bersusah payah nak menamatkan sesuatu kerja (ie struggling). Misalnya lori pasir slow saja nak memanjat bukit sebab berat....kita kata "Lori tu bédé-eh nak ghabat bukit."
  22. Bégénuak = penuh sampai terlebih.
  23. Béghadon = berbuat/menyediakan sesuatu dengan sebanyak mungkin sampai hampir2 membazir. Misalnya kalau orang nak mai rumah, orang yang Beghadon ni akan menyediakan makanan 7-8 jenis, lapik meja dengan kain baru, dll. Dia tak cukup buat lauk sambal ikan kering saja.
  24.  Béghalah atau bahasa bakunya Beralah yang ni bukannya mengalah, tapi minta diri. Kalau kawan tu kata "Saya béghalah dulu na." Maksudnya dia nak balik rumah la, atau dia nak pi tempat lain.
  25. Béghambog = yang ni perkataan baku...berhamburan.
  26. Béghémba = berkonvoi. Kalau kecil2 dulu, kami suka kayuh gerek pi pekan beghemba.
  27. Béghétoh = actually tersentuh, tetapi dalam bahasa Kedah bermakna lebih sikit iaitu berlanggar. Misalnya lori kayu beghetoh dengan bas sekolah.
  28. Béjabu = lari/ kayuh basikal/ pederas motosikal/ kereta dengan laju. Contohnya, "Dia tengok lembu tu ligan dia, dia lari bejabu."
  29. Békélun = Berkepul-kepul (asap)
  30. Bélagak = Action...orang Cina cakap Langsi....maksudnya ada syikit syombong.
  31. Bélémoih = Kotor (soiled/stained in English). Selalunya kalau orang yang kerja workshop tu belemoih dengan minyak, grease dll. Tapi paling tepat ialah kalau orang dulu2 dok masak di dapur, penuh arang muka dan pakaian, orang kata dia belemoihlah.
  32. Béléngaih = Melekit dalam bahasa baku. Kalau kita dok tengah panas, kemudian berpeloh, kita rasa belengaih lah.
  33. Bélenja = Drooling i.e. Kalau ayag liog meleleh kot tepi mulut, orang kata dia belenja. Applied pada budak2 kecik...baby selalunya.
  34. Bélutin; kotor....tapi specifically kaki yang berselut sampai ke paras lutut (pasai baru balik dari bendang).
  35. Béndang = sawah padi
  36. Bengkeang ni péghoghoih..... lagi tak faham....short-tempered laaa. Pemarah gitu.
  37. Bésag Gajah Tok Mia...humungous...monstrous. Gajah Tok Mia ni tak mai mana...tapi spesi gajah yang paling besar sekalilah kot.
  38. Beseag = kencing kerap
  39. Bésélighat = berbagai arah, contohnya akag pokok bésélighat. Bersimpang siur. Bahasa baku berselirat juga kot.
  40. Bétubuh = gempal (bukan gemok)
  41. Bidaih = aku tak tau nak describe camna. Kasi contohlah senang. Kalau hang pegang ranting pokok, then hang lepas ranting tu, ranting tu akan bidaih, pianggg! dan kena muka sapa2 yang dok tepi tu. Dalam bahasa baku, bidas kot. Contohnya seperti : Membidas tohmahan.
  42. Bijik Ghémia = sejenis buah berwarna ungu.
  43. Bincut = Bukan Buncit tapi maknanya Benjol
  44. Bog = selalu disebut tahan bog iaitu meninggalkan joran semalaman di bendang. 
  45. Boroi = perut buncit.
  46. Botoi = kalau hang pandai gelicik bola, hang  memang pandai botoi. Amnya, botoi ni trick lah. Kalau hang kena botoi, hang kena dribbled lah.
  47. Bubug sora = Bubur Asyura
  48. Bujang = janda atau balu, bukannya tak kawin lagi. 
  49. Camca = Sudu
  50. Camog/ Céghamok = Berkecamuk dalam Bahasa Baku, tapi dalam bahasa kedah hanya dimaksudkan kepada keadaan rumah atau bilik yang bersepah/ tak teratur.
  51. Capoi = Orang yang suka mencarut dikatakan bermulut capoi.
  52. Céghin = tegak
  53. Cékau ni maknanya mengambil secara mencengkam. Misalnya ....dia cekau beras/ kacang dll. Yg lebih tepat dalam bahasa omputih ialah GRAB. Misalnya kalau hang nak tangkap pencuri hang cekau (grab) baju dia.
  54. Cékog = pucat lesi.
  55. Célapak = senang dalam Bahasa Inggeris = to confront.
  56. Célog = merendam sekejap dalam air panas. 
  57. Céluih = muat
  58. Ceme = mata sepet.
  59. Céméghkap = kata lawan bagi cekap. Maksudnya buat kerja banyak salah.
  60. Cémpégha. Aku suka perkataan ni. Ia bermaksud, 1) dalam keadaan tidak teratur atau 2) bertempiaran. Jadi secara amnya all over the place.
  61. Cémpong = gendong. Ada peribahasa , yang dikejar tak dapat, yang digendong berciciran.
  62. Cémuih. Biasa aku dengar ni disebut oleh Ustaz Shamsuri dalam Bahrul Mazi. Ejaan jawinya cemus, tapi orang Kedah sebut cemuihlah. Maknanya JEMU.
  63. Cénge = garang
  64. Cépéruih = bergegas
  65. Cepoi-cepoi = berjalang dengan gaya tempang
  66. Céroi = cair.
  67. Chek = saya. Digunakan sebagai gantinama pertama mesra oleh seseorang yang ada pertalian seperti anak dengan emak, isteri dengan suaminya, anak sedara dgn mak sedaranya yang dekat dll. Kalau hang sorang lelaki pi sebut chek kat orang yang tak kenal rapat bila sembang, depa kata hang ni pondan lah, kalau pompuan guna pada orang yang tak kenal,  depa kata hang gatai lah.
  68. Cog kodok = jemput2 pisang
  69. Coghak bukan corak, tapi menyimbah air.
  70. Cogheang = comot. Kalau buat kuih zaman dulu, muka cogheang dgn arang.
  71. Colek = bukan kidnap, tapi mengambil sedikit dengan hujung jari. Selalunya orang colek sikit adunan dan rasa dulu sebelum masak.
  72. Cunggit = terangkat seperti papan cunggit (see-saw)
  73. Daghai = pondan
  74. Dahagi = samseng kepala batu
  75. Daih = menggunakan kaki untuk menjatuhkan lawan, selalunya masa main bola.
  76. Dan = sempat, Tak dan = tak sempat
  77. Dangau = pondok, especially di tengah bendang.
  78. Débik = tumbuk 
  79. Déghaih = laju (untuk semua keadaan). Bakunya DERAS. Kedah tak ada perkataan laju. Jadi; air mengalir deras, budak lari deras, bas dipanju dengan deras dll.
  80. Déghémen maknanya muka bercalar-balar samada jatuh face-down atau kena balun. Dalam satu hadis Nabi saw, ada disebut RAGHIMA Anfun ...maksudnya masuklah hidung dia dengan debu. Ini adalah berupa ancaman kecelakaan yang dikiaskan kepada orang yang berbuat dosa iaitu mukanya seperti ditonyoh ke tanah dan masuk debu. Jadi saya rasa DEGHEMEN tu mai dari perkataan RAGHIMA... Itu teori saya yang jahil ni lah. Belum jumpa lagi mana2 tulisan yg cerita asal usul perkataan ni.
  81. Démah = Ada dua makna. Pukul dan juga heat-treatment.
  82. Dengkoi =
  83. Depa = mereka
  84. Dogiang = tak pakai baju, atau kalau ayam dogiang, ayam yang dah dicabut bulu.
  85. Dogoi = botak. Tak kiralah kalau kepala botak ka, tayar moto botak ka, atau bukit yang dah kena kena tebang pokok-pokoknya, tu pun dogoi jugak
  86. Gabuih = 1. Padam 2. Sapu-sapu debu pada pakaian/badan 3. Curi
  87. Gagah = ini bukannya kuat, tapi memperkuatkan. Kalau dia kata, "Saya ni dah kenyang. Nak perabis sepinggan nasi ni pun, gagah." Maksudnya dia bersusah payah nak menghabiskan nasi tersebut. Gigih kut dalam bahasa baku.
  88. Gagau = katalah kunci kereta hang terjatuh dalam  tempayan berisi ayag atau guni tepung ka, hang masukkan tangan raba2 dalam tong tu cari kunci. Itulah yang dinamakan gagau.
  89. Gaghin maknanya goreng sampai crisp. Aku suka sangat makan ikan temenung goreng yang gaghin-gaghin.
  90. Gaji bukannya duit masyuk hujung bulan. Maksudnya menggergaji. Orang Kedah segan (ie malas) nak sebut penuh.
  91. Galak bukan nya bermakna dorongan, tetapi bermaksud seseorang  gatal perangai, tu kaki ngorat, flirtatious.
  92. Gébag = Selimut
  93. Gebang = sembang santai, mostly bual kosong. Ni dah jadi bahasa baku. 
  94. Gédéhok = khemah menyediakan makanan kenduri kawin
  95. Gédik = menggatal (flirtatious juga). Untuk orang pompuan saja. Kalau lelaki gedik...pondanlah dia.
  96. Geghek = basikal
  97. Géghit = mengigit dengan gigi yang kecil. Tikus atau lipas atau  tupai akan geghit buah nyiog. Tapi kalau anjing yang buat tu, tak namanya geghit.
  98. Gélinte ada dua makna. 1. Menguli adunan kuih dengan tapak tangan supaya jadi bulat-bulat kecil contohnya macam kuih buah melaka. 2. Menggelicik bola. 
  99. Gélma = kahak (phlegm)
  100. Gelong =  tak seimbang. Selalunya tayar gelong. Kalau otak gelong maksudnya gila lah, sbb dah tak balance pemikirannya. Tak sama dengan gélong.
  101. Gélut = kelam kabut
  102. Gencok = menari
  103. Gérmit = Pengasah pensil (sharpener).
  104. Ghabat = Memanjat atau mendaki. Misalnya memanjat pokok, mendaki bukit dsbnya.
  105. Ghabit = terkoyak
  106. Ghabong = peramah (talkative), bakunya RABONG. Kalau orang kata , "Dia tu sembang ghabong". Maksudnya dia sangat peramah.
  107. Ghabut = meragut (to snatch)
  108. Ghagaih sama dengan ghabat. Tapi selalunya terbatas pada pokok saja, atau pagar, benda yang rendah-rendah sahaja. Kalau daki bukit tak dinamakan ghagaih.
  109. Ghalit = lalai.
  110. Ghambu-ghambai
  111. Ghandok = meredah air
  112. Ghapit = rapat. Kalau kawan ghapit maknanya kawan karib.
  113. Ghapla = lalai/ tak fokus. Asal Arab = ghafala yang ertinya lalai.
  114. Ghéban = runtuh.
  115. Ghédot = berkedut
  116. Ghéjit = mengenyit mata. Ini cara orang2 dulu mengorat.
  117. Ghélah = koyak
  118. Ghélai = berderai
  119. Ghélin = menjeling
  120. Ghémbaih = memukul dengan rotan atau kayu
  121. Ghémot = kalau kereta ghémot maknanya remuk, kalau baju ghémot maknanya tak diseterika (wrinkled), kalau kertas ghémot ialah yang dah dikepal2.
  122. Ghenet = rendah
  123. Ghéngau = mencakar dengan kuku
  124. Ghénjah = berselerak , bertaburan
  125. Ghenjong = tinggi. Disifatkan pada orang saja. Kalau pokok tinggi atau bangunan tinggi kita tak katalah pokok/bangunan tu ghenjong.
  126. Ghényeh = sengeh
  127. Ghéyang dot = buah keriang dot.
  128. Ghéyau = menangis
  129. Ghéyup = hilang dari pandangan. Asalnya dari kata terbitan Arab = Ghuyub, kata dasarnya Ghaib (maknanya tak boleh nampak)
  130. Ghimbok = pukul/ hentam orang. Secara khusus tumbuk di bahagian perut. Dalam semua perkataan Kedah yang membawa makna pukul, ghimbok adalah yang paling teruk....maksudnya mengganyang. Bahasa Inggeris mungkin kita boleh pakai severe beating.
  131. Ghodek  , nak explain pun payah. Cam ni lah. Katalah anak hang terbuang iPad hang bawah katil, hang ambil kayu ka, penyapu ka, hang pi jolok bawah katil, try to fish out the iPad, kiri-kanan, depan-belakang...tu la ghodek namanya. Maknanya mencari sesuatu dengan try-try, sebab hang tak pasti apa yang ada bawah katil tu, atau apa yang ada dalam almari baju. Itulah GHODEK namanya.
  132. Ghodong = redah tanpa pikiag panjang (la ni orang kata bulldoze saja)
  133. Ghompong = hidung dimakan kuman sampai berlubang besar, dulunya pesakit kusta yang berkeadaan begini
  134. Ghona = warna
  135. Ghongak = jongang
  136. Ghonyoh = pegang rambut lawan dan tonyoh kemana yang suka sekuat hati.
  137. Ghosek = selongkar.
  138. Ghumbu = keadaan dah haru biru, tak teratur
  139. Ghunaih = mengupas dengan kuku. Misalnya ghunaih ghupin tang kulit.
  140. Ghupin = parut
  141. Godam = pukul. Kalau kena godam, maknanya kena sebat. La ni dah jadi baku. Godam bermakna  Computer Hacking.
  142. Gon = cerun bukit.
  143. Gu = padankan, cari pasangan (ie. match kan)
  144. Gughuih api = mancis
  145. Habag = beritahu
  146. Haghin = bau hancing
  147. Halai balai = buat lebih kurang, ambil ringan
  148. Hampa/ Hangpa = kamu semua
  149. Hampok = menghempas
  150. Hang = engkau/awak
  151. Hat = yang. Hat ni = Yang ini, hat tu = yang itu
  152. Hawin = membaling, tapi secara specifik, macam baling tukul besi tu. Angkat dan campak gitu.
  153. Heghot = tak lurus. Bengkok.
  154. Heghot petot = bengkang bengkok, kalau buat karipap heghot petot maknanya tak nampak rupa karipap lah, senget, bengkak dsbnya
  155. Hemoi = tak tau malu. 
  156. Hencot = berjalan dalam keadaan tempang
  157. Hinggut = Goncang
  158. Hingag = Bising
  159. Honggag = goyang2 sampai tercabut. Misalnya honggag gigi yang dah rosak atau tiang lampu sampai membolehkan kita cabut dengan mudah.
  160. Huih = terhakis. Bahasa bakunya haus, tapi tak bermaksud dahaga. Selalu dirujuk pada tapak kasut yang dah haus atau baju lama. Ada peribahasa Melayu tu, TAK HAUS DEK PANAS TAK LEKANG DEK HUJAN.
  161. Ikan Téménung = Ikan kembung
  162. Jebon, asai dia aku tak tau mai mana. Tapi jebon ni ialah spesi binatang yang hodoh dan perangai tak elok. Ada orang kata mongoose. Selalunya kalau orang kata hang muka macam jebon, maksudnya hang amatlah tak hensem. Kalau perangai macam jebon, kira teruk sangatlah. Rasanya Tasmanian Devil ni lebih kurang jebon lah.
  163. Jége = membeliakkan biji mata
  164. Jéghémbab = terserempak, Jéghémbab pi = berkunjung secara tiba-tiba.
  165. Jéghémoh = lebih kurang sama dengan jéghémbab dan kadang-kadang boleh digunakan untuk describe perkara yang dibuat secxara spontan.
  166. Jéghkah (atau jérkah) = tengking.
  167. Jélom = to dip in water, masukkan dalam air. Selalunya kalau budak2 demam panaih emak dia akan jelom kain dalam ayag suam dan demah dahi budak tu bagi kebah sikit.
  168. Jengkek = berdiri atas sebelah kaki sahaja, mungkin kerana kaki yg sebelah lagi tu sakit ke, cedera ke. Kecik-kecik dulu ada permainan jengkek kapal terbang, dalam  bahasa mat salleh, Hop-scotch.
  169. Jénuh = dalam kuantiti yang banyak
  170. Jinjat = berdiri di atas jari kaki, mungkin untuk mengambil sesuatu yang terletak di tempat yang tinggi. 
  171. Jubog = Bahasa bakunya DUBUR, tapi dalam bahasa Kedah ia merujuk kepada PUNGGUNG, bukannya saluran keluar najis.
  172. Kahag = samseng/ gangter. Asalnya bahasa Arab Qahhar, menggerunkan.
  173. Kala lipit = kala jengking
  174. Kaleh = ada dua makna, toleh ataupun menterbalikkan
  175. Kalut = kelam-kabut
  176. Kampoi = berusaha keras untuk menghabiskan kerja
  177. Kanyiag = mentah/ belum baligh
  178. Kapak = bukan kapak yang guna tebang pokok tu, tapi maksudnya mahal. Kalau hang kena kapak, maksudnya kena caj mahal lah.
  179. Kapok = pelok = hug. Bukan gitar KAPOK tu.
  180. Kasut Jepun = Selipar
  181. Katok = pukul dengan kayu. Kalau pukul dengan benda lain tak katok namanya.
  182. Kawag = pencuri
  183. Kébah = baru sembuh 
  184. Kébulog = Keinginan yang tinggi. Macam orang yang kebuluran berhajatkan kepada makanan. Kalau orang Kedah nak kata dia sangat2 tak nak, maka dia kata, tak kébulog. Contohnya, "Awat mak setuju pinangan depa tu? Cek tak kébulog kat Mat tu." = "Kenapa mak setuju pinangan mereka tu? Saya sangat2 tak ingin pada Mat tu."
  185. Kecek = pujuk
  186. Kécog ialah pucat lesi. Selalunya kecog muka bila tau nak kena masuk jawi.
  187. Kecoh = bukannya kelam kabut/ huru-hara....tapi maknanya tipu.
  188. Kéghaih Kédékong = terlalu keras
  189. Kéjan = To urge, menggesa..selalunya kalau suami nak keluag rumah segera, dia akan KEJAN bini dia supaya cepat2 siap.
  190. Kéjap = ketat. Bukannya sekejap
  191. Kélebek = membelek-belek
  192. Kélébog = air berselut, macam kubang kerbau tu.
  193. Kélépiag = bergelut untuk melepaskan diri. Macam ikan dalam tangan, kelepiag nak lepas. To wriggle.
  194. Kélitin = berpusing-pusing serata tempat, mencari barang atau apa2 saja.
  195. Kélolo = perangai melawak terlebih , kadang-kadang tak kena tempat
  196. Kémarin = semalam. Kémarin dulu = dua hari lepas
  197. Kémasai = lemah longlai macam baru mangkit tidog.
  198. Kémbang pungkog = rasa bangga dipuji
  199. Kémetot = kecil dan comel
  200. Kepak = mematahkan, bukan Képak.
  201. Képek = crushed, leper
  202. Képiah = Kopiah/ Songkok Hitam. Kalau kopiah putih dipanggil Ketayap
  203. Késit = tak berisi. Kalau dapat moktan kesit maksudnya, rambutan yang isinya dan tak banyak.
  204. Kesot = mengubah tempat duduk tanpa bangun.
  205. Kétayap = Kopiah Putih atau Kuih Ketayap.
  206. Kétégag = degil
  207. Kétit = digigit binatang kecil seperti semut, kerengga, lintah dll. Kalau binatang besag macam anjing ka, kucing ka yang gigit, kita kata kena TOKAK
  208. Ketot = kerdil atau bertubuh kecil.
  209. Kétumbit = bengkak jangkitan di pelupuk mata
  210. Kiat = tidak aligned. Selalunya tayar basikal lah yang kiat tu, rim dia dah senget sebelah.
  211. Kog = round concrete culvert (tak tau apa BM untuk perkataan ini)
  212. Koi-koi = sedikit demi sedikit
  213. Kok leghah = di sekitar.
  214. Kokko = bawak orang kat atas belakang. Piggy back ride kata omputih.
  215. Kopek = dompet
  216. Kore = kecil dan lemah
  217. Kot  = Arah, kot mana = arah mana/macam mana.
  218. Kot - kot = Entah-entah. Kalau dikata. "Kot-kotlah dia dah balik dah." maksudnya, "Entah-entah dia dah balik dah."
  219. Kughuih Kélépiang = terlalu kurus, macam papan
  220. Kuit = cuit
  221. Kupang = puluh sen. Contohnya dua kupang adalah dua puluh sen.
  222. Kutei = cubit
  223. La = sekarang
  224. La_eh ialah perkataan nak describe seseorang tu jenis yang lembik, tak dak tenaga.....weakling gitu. Contohnya orang tanya, "Awat hang nampak la_eh sangat ni?", maksudnya "Kenapa engkau ni nampak macam tak dak tenaga sangat nih?"
  225. Labah Lutong = Labah Tarantula, yang besar berbulu
  226. Lagu = seperti, semacam, umpama
  227. Laku = laris
  228. Langut = dongak
  229. Lapag ayag = Dahaga.
  230. Lapeh = Bakunya lapis, tapi maksudnya generasi. Kalau dikatakan, "Dia tu lapeh tok wan hang.", maksudnya orang tu sezaman/sebaya dengan datuk kita. 
  231. Lau = reban ayam
  232. Lécah = berlopak
  233. Léhog = Zohor
  234. Lekeh = tak ada class = koman
  235. Lékoih/Lokoih = lenjun
  236. Lémaih Pérut = rasa meluat, atau tak suka, bimbang pun boleh. Annoyed, irritated. Tak sama dengan Semak Perut
  237. Lémbek Dok Dek = terlalu lembik/ liut
  238. Lengkoi = curvy.
  239. Lengkong = cincau
  240. Lenyek = menindih sehingga leper. Macam lenyek pisang untuk buat cucur.
  241. Lesiag = muka leper. Hidung pun tak mancung.
  242. Ligan = kejar
  243. Lingkop = habis semua.....kalau bisnis lingkup maknanya dah bangkrap
  244. Loghat ni bukannya dialek bahasa, tapi maknanya semakin teruk (ie getting worse). Kalau sakit koi loghat, maknanya makin tenatlah. Kalau hidup koi loghat, maknanya makin miskin dll.
  245. Loklag = berkata  lucah/mencarut secara main-main. Atau membuat kerja  tak sungguh2.
  246. Loncat = lompat
  247. Luku = ketuk kepala dengan ruas jari (knuckled)
  248. Lunyai = hancur
  249. Ma-aloh = Muallaf.
  250. Mai = Mari atau datang
  251. Mak Ngot = orang yang terlalu perlahan dalam bekerja (slow and steady)
  252. Mala'on = orang tak berguna, orang yang peghabih beras saja. Dalam bahasa Arab ialah mala'un, iaitu orang yang dilaknat.
  253. Mamai = mimpi semasa separuh tidur dengan menggerak-gerakkan tangan atau kaki. Selalunya bayi atau budak2 kecik yg mamai. Depa tak mimpi.
  254. Mandom = lesu atau tidak bermaya
  255. Mangkag = buah yang tidak masak ranum. Selalunya durian yang isinya keras.
  256. Mangkit = bangun/bangkit 
  257. Mangli = Lali. Sudah biasa
  258. Manis chaih = terlalu manis
  259. Manyau = membebel/ berkata-kata atau meracau semasa tidur. 
  260. Masuk Jawi = berkhatan
  261. Meghah méghéngau = terlalu merah.
  262. Méghambu = bercucuran (bila menangis akan menghambu ayag mata), ataupun berjuraian.
  263. Méghap = cry-baby. Budak-budak yang dok menangis atau merengek kalau tak kena apa-apa . Selalunya budak meghap lepas dia bangun tidog.
  264. Méghatuih = meratap. Bakunya meratus...mungkin maksudnya, tak berenti bercakap dan meracau-racau.
  265. Méghawit = meracau atau melalut. Lebih kurang meghatuih jugak.
  266. Méghékam = sakit perut yang "brewing" teramat sangat, kena cari tandas cepat-cepat.
  267. Méghekot = dalam keadaan orang putih kata, curled. Kalau orang sakit arthritis jari-jari dia meghekotlah. Kalau tidog dalam suasana sejuk, kita tidog meghekot, macam bayi.
  268. Méghélip méghélap = pakaian atau suasana berkerlipan. Kalau pakai baju yang banyak labuci tu, meghelip meghelap lah dia
  269. Méghélit = berkilauan, glossy
  270. Méghéloh maknanya tidog sampai tak sedag diri,
  271. Méghélop maknanya keluag rumah seharian sampai malam baru balik.
  272. Méghémut = banyak sangat, merujuk kepada benda-benda hidup. Orang membanjiri stadium sampai meghemut, cacing kerawit, dll
  273. Méghéndoh = banyak dalam kontek berbuah lebat
  274. Méghénin = berkilat. Selalunya merujuk kepada bengkak yang dah terlalu besar sampai berkilat nampak macam nak pecah. 
  275. Méghényam = gatal atau menggatal,
  276. Méghényut =  sama dengan menghemut
  277. Méghepet =  bakunya merepek, tapi dalam Bahasa Kedah maknanya bermimpi (dreaming).
  278. Méghépu =  melimpah
  279. Méghewang = berjalan dengan tangan menggawang-gawang sampai beghetoh orang habih. Atau kayuh basikal ciluk sana ciluk sini, tidak pada garisan lurus.
  280. Méghi = elastik, contohnya getah pada pinggang seluar.
  281. Méghla = satu lagi perkataan yang bermaksud menggatal
  282. Méghonot = ni lagi satu yang susah nak describe. Kasi contohlah senang. Hang pi dok tepi meja makan rumah hang, kemudian tunduk macam ruku' dan berjalan bawah meja dalam keadaan membongkok tu . Itulah meghonot. Hang boleh meghonot dalam semak, meghonot bawah pagar dan lain-lain.
  283. Méghosot = bukannya merosot tetapi maknanya kusut. Kalau main wau kemudian dan kita wind balik tali tu terlalu cepat dia akan  kusut. Itulah meghosot.
  284. Méghumit = perasaan resah-gelisah di dalam dada kerana ada hal yang tidak kena atau tidak memuaskan hati.
  285. Mélayop = tinggi sangat
  286. Mélanuih = bersedih berpanjangan sampai tidak menguruskan diri-sendiri.
  287. Mélécup = kulit terbakar
  288. Mélédin = bengkok. Secara spesifik kepada benda yang sepatutnya lurus atau rata seperti pemegang cangkul, reket badminton dll. Warping boleh gak.
  289. Méléngung = termenung
  290. Mélewag = Merayau
  291. Méloghoih = selalunya describe seluar longgar yang dah nak terlondeh lalu meloghoih sampai ke bawah pinggang.
  292. Mélugai = meloya.
  293. Ménaksah = Madrasah
  294. Méncanak = lari sepantas mungkin
  295. Ménéghu = berduyun-duyun
  296. Ménene = meleleh. Melalunya dikaitkan dengan keadaan nanah atau darah yang mengalir keluar dari tempat luka/bisul. Boleh juga digunakan utk describe cecair yang meleleh perlahan.
  297. Méngéghoh = Berdengkor
  298. Méngkédaghah = Makan dengan melahap
  299. Méngkélayi = Bergaduh
  300. Méngkélan = maknanya makan tak lepas sebab tersangkut di kerongkong. Selalunya terjadi kalau hang makan nasi kosong tak dak kuah ataupun tak ada minuman. Kadang2 orang Kedah guna  sebagai maksud TERKILAN juga, pasal perasaannya sama iaitu, tak puas.
  301. Méngoet ni maknanya, bergerak sikit2. Misalnya kalau hang pi kejutkan orang yang sedang tidog, dia gerak2 kaki dia sikit untuk signal kata dia dah jaga. Dia mengoetlah tu...maksudnya MASIH ADA NYAWALAH. Sama juga kalau hang pi katok ulag, tapi dia dok mengoet lagi, maknanya ulag tu masih hidup.
  302. Ményérit = sangat laju
  303. Ményorok = sarapan pagi. Bukan hide.
  304. Ményébai = merajuk
  305. Mereng = tak waras/gila
  306. Mérton = tukul. Asal dia aku tak tau dari mana. Pelik sikit.
  307. Moktan = rambutan
  308. Moncom maknanya tarik muka masam, mostly sebab merajuk atau tak suka something.
  309. Mot = membawa/ memuatkan. Contohnya;  Kereta Pak Man boleh mot 5 orang.
  310. Motong = menoreh getah
  311. Mutu = motorsikal
  312. Na'aih = Nahas
  313. Nangnaih = Nenas
  314. Nanya....malang/ nasib tak baik. Dari bahasa baku, aniaya.
  315. Na La = bukan kawan tenis Anwar Ibrahim tapi suatu frasa yang digunakan untuk memperkuatkan sesuatu sifat, misalnya Na La punya besag, atau Na La punya kedekut.
  316. Ndoi = Buaian
  317. Neghai/ Seneghai = baris/ sebaris
  318. Nenen = susu
  319. Nyog = kelapa. Bahasa bakunya nyior. 
  320. Padang = bendang
  321. Pait bérdéngung = tersangat pahit
  322. Panaih lit lit = panas terik terutamanya di tengahari
  323. Pandak = pendek
  324. Panggong = menegakkan kepala, selalunya yang panggong ialah ular King Cobra.
  325. Panggu = bahagian
  326. Pangkin = Bahasa Inggerisnya bench. BM tak pasti pulak.
  327. Pédai Ayam = mangga kunci (padlock)
  328. Pédéghaih = menyegerakan. Asalnya deras/ déghaih iaitu laju.
  329. Pédiah = pukul
  330. Pédo = berhati-hati
  331. Péghak ni maknanya tak belajag, tak WORLD WEARY kata orang putih, sampai benda yang orang dah biasa tengok dan dengar pun dia rasa heran sebab dia mai dari hulu. Misalnya dia mai pékan dia terkejut tengok orang boleh bawa keluar duit pakai ATM. Orang kata dia tu péghak lah. Kalau lagi teruk, sampai duit pun tak kenai, orang kata PEGHAK BUIH...maksudnya ULTRA PEGHAK. Bahasa baku ialah haprak. 
  332. Péghémbang = fokus. Samada ketika melihat atau mendengar.
  333. Péghendang = mencantikkan, memperindahkan. Asalnya merendangkan. Kalau seorang bawahan peghendang bos dia, maknanya bodeklah.
  334. Péghisi = mengeluarkan/ mengasingkan bahagian yang tidak bermenafaat. Misalnya kalau kita péghisi ikan bilis, maknanya buang kepala, najis dia dsbnya, kalau kita péghisi kacang, kita buang kulitnya.
  335. Péghosah = menguruskan, asal dia proses kot.
  336. Péghosok = menyumbat.
  337. Pékin = berjimat cermat
  338. Pelag = lucah
  339. Pélangkong = pukul dengan kayu atau senjata lain.
  340. Pelet = dialek/ slang
  341. Pélékoh = memelok seseorang dengan tujuan untuk menangkapnya. To restrain. Kalau dalam gusti banyak lah kita tengok yang kuat tu pelekoh yang kore.
  342. Pénakan = saudara
  343. Pengkag = tempang. Kalau hang tak pandai main bola hang kaki pengkag.
  344. Penyet = tindih
  345. Pi = pergi
  346. Pisau Bangkong = sejenis pisau kecil
  347. Pokka = Sesumpah (chameleon)
  348. Pokok hujan = Tanda-tanda hujan seperti awan mendung dan gelap yang menandakan hujan akan turun sebentar lagi.
  349. Polok = sumbat makanan banyak2 dalam mulut ( to stuff)
  350. Ponen = Pondan
  351. Pughuih nyog = lidi
  352. Pulun = berusaha kuat
  353. Punggai = baling kayu, selalunya kalau nak jatuhkan buah.
  354. Pungkog = punggung/ bontot
  355. Rojak = rojak buah. Kalau rojak cucur undang macam kat KL ni , di utara namanya pasembor.
  356. Roti = biskut.
  357. Roti Bénggali = roti macam Gardenia tu (bread). Sebab yang dok juai ni dulu semuanya Benggali Sikh atau Punjabi. Kalau orang Kedah cakap ROTI saja, maknanya biskut.
  358. Sagat = mengikis. ABC di kedah dipanggil ais sagat, sebab kena pakai mesin nak kikis air batu tu.
  359. Sagon = makanan serbuk kelapa. Jangan terbatuk masa tengah makan, habis bersembur muka kawan.
  360. Sah_leghah = selesai
  361. Sakan = bersungguh-sungguh. Dipadankan dengan pulun, maka jadilah PULUN SAKAN iaitu berusaha bersungguh-sungguh.
  362. Sangin, yang ni pak mentua aku sebut masa dia nak ganti lampu kalimantang kat rumah. Aku tanya apa dia sangin tu? Dia kata sangin tu bila pin kalimantang tu tak sama dengan socket dia, jadi tak masuk2. Sangin tu tak aligned lah gitu.
  363. Sapa = siapa, (bukannya tegur).
  364. Sauk = kaut/ mengaut
  365. Sébek muka sedih macam nak nangis.... :(
  366. Sébu = Perut dah kembung.
  367. Ségagan maknanya sebaya. Kalau beranak kerap, anak-anak hang nampak segagan lah.
  368. Segak maknanya cantik. Untuk pompuan saja. Lelaki yang mempunyai rupa paras yang elok disifatkan sebagai lawa. Dalam bahasa baku, segak adalah untuk lelaki yang hensem.
  369. Ségan maknanya malas. Bukan malu.
  370. Séghawa = bubur/pengat
  371. Séghba mak nenek = segala macam benda. Mak Nenek tu mai mana aku tak tau.
  372. Séghdak = serbuk yang tinggal dalam tin bila kuih dah habis. (crumbs)
  373. Séghebeh = berserabut, compang-camping
  374. Séghélom = the act of memakai baju.
  375. Séghendeag = rapat sampai bersentuhan/ bergeseran
  376. Séghendeh = sama dengan seghendeag.  
  377. Séghéngai = gatal kerongkong
  378. Séghéngiang = marah/ tengking
  379. Séghéyat = reda (secara khususnya hujan dah reda)
  380. Séghéyau = risau/ bimbang. Kalau Séghéyau gigi  maknanya ngilu.
  381. Séghoh = semakin kurus, loss of weight.
  382. Séghot = mengecilkan diri. 
  383. Séghpi = senyap sunyi
  384. Séjéghit = sikit sangat...in minute quantity
  385. Sekeh = pukul dengan tidak terlalu kuat
  386. Sékénet = sejenis hama
  387. Sélempang = kain pelikat dililit di bahu
  388. Sélop = sesuatu keadaan yang menggambarkan seseorang tu terlalu sedih/ terkejut  sampai tidak sedarkan diri. Kalau budak kecik menangis sampai selop maksudnya dia menangis sampai tenganga mulut tapi tak keluag suara....punyalah teruk menangis.
  389. Sémak Perut ni bukannya senak perut. Sémak Perut ialah rasa gusar, bimbang atau risau yang sangat2, macam ada semak dalam perut.
  390. Sémalam = malam tadi. Kalau orang KL semalam tu yesterday, orang Kedah last night. Kalau YESTERDAY orang Kedah kata Kemarin. Lain sikit,
  391. Sémawa = jemput, undang
  392. Sémbek = muka baru bangun tidor
  393. Séméjid = Masjid
  394. Sémughop = berbumbung rendah
  395. Sénanyan = Isnin
  396. Séndat = cukup muat. Kalau baju sendat, maknanya cukup muat sampai ketat. Ngam-ngam gitu.
  397. Sénégheh = bergeser/ bersentuhan
  398. Senget = tidak rata
  399. Séngkak = terlebih kenyang. Stuffed!
  400. Sengkek = pokai/ kurang atau habis duit
  401. Séntot = menjadi kecil
  402. Sépak = tampar/ tempeleng
  403. Sétéri = seterika
  404. Sia = mangkuk tingkat
  405. Sighu = berlagak/ angkuh
  406. Sigong =  menyiku - to elbow.
  407. Simbog = curah air.
  408. Simpan = kebumikan mayat. 
  409. Sinkei gigi = ngilu
  410. Sintin = sinsing lengan baju
  411. Sipi = nyaris, hampir
  412. Sog = sahur
  413. Sua = hulur
  414. Taboh = pukul. Macam2 ada lagi...BALON, GHIMBOK, PEDIAH. TIBAI. Hampir sama tapi ada konotasi masing-masing.
  415. Tahag = menahan, tahag makan = tak makan/ puasa. Kalau kena tahag di sekolah maknanya kena detention.
  416. Tak péghaya = tidak upaya
  417. Takek = menggunakan pisau/ parang untuk memotong pokok/ ranting/ atau apa saja.  Kalau pakai kapak tak dinamakan takek.
  418. Tala = menuju/ menghala
  419. Tande = mandor 
  420. Tang = di / pada
  421. Tauk = campak
  422. Tebok = menanduk, khas untuk lembu kerbau saja. Bukan tébok.
  423. Tégege = gedik
  424. Tégha = seperti/ semacam/ sama . Contohnya - Tinggi pokok tu tégha rumah tu lah.
  425. Téghan = tak ada bahasa baku yg ni. Orang yang sedang buat bisnis besar dalam bilik air, dia téghan untuk mengeluarkan "saham-saham" dia dari dalam perut. Kalau "saham" tu besar sangat dan payah nak keluar, dia kena téghan lagi kuat. Orang perempuan yang nak beranak pun kena téghan  lagi kuat untuk melahirkan anak. Faham kot?
  426. Téghbe = lastik/ melastik
  427. Téghéjong = mati atau pengsan sampai terbujur kaku
  428. Téghéyak = menangis. Dalam bahasa baku TERIAK, tapi bukan bermakna menjerit.
  429. Téghisin =Terdedah sedikit akibat koyak atau luka. Contohnya, " Teghisin kulit aku kena pisau tadi".  Maksudnya, luka sampai nampak sedikit daging.
  430. Téjéngoi = tiba-tiba muncul/ menjelma
  431. Tékoh = kadang-kadang/ sekali-sekala
  432. Teleang = senget lehernya
  433. Télog Kémughuk = Telor buruk (rotten egg), telor ayam/ itik yang tak jadi. Kalau pecah, baunya dahsyat.
  434. Témbi = menolak menggunakan badan, body-checked
  435. Témbon = gemok
  436. Tempek = lekatkan
  437. Témpoh = sentuh, bukannya tempoh masa
  438. Témuak = penuh sampai terlebih bekas. Biasanya disebut kepada bayi yang baru minum susu sampai termuntah sedikit pasai lebih sangat.
  439. Teng = mengatasi
  440. Téngalong = membaling sesuatu dengan menggunakan kayu. Misalnya tengalong buah pelam  atas pokok.
  441. Tenyeh = mengesat.
  442. Tépélahang = terbuka luas, samada pintu rumah atau koyak yang besar pada kain pelikat dan lain-lain yang sewaktu dengannya.
  443. Tépéle-ot = tergeliat
  444. Tibai = sebat dengan rotan atau lidi
  445. Tinaih = mengepit dengan dua kuku ibu jari tangan. Dulu2 bila orang kampung cari kutu atas kepala, dapat saja depa letak kutu atas kuku ibu jari kiri dan tekan dengan kuku ibu jari kanan, sampai pecah perut kutu tu. Itulah namanya tinaih. Kalau guna kuku ibu jari kaki, tak taulah panggil apa. Hang cubalah. Kalau terpele-ot, jangan saman aku.
  446. Tindan = tindih
  447. Toi = menekan tangan ke lantai dengan tujuan mendapatkan spring utk bangun dari sujud misalnya. Kalau nak gerakkan batu besar, hang ambil batang kayu dan hang toi dengan letak batu kecik kat bawah batang kayu tu. Baru dapat power. Cuba hang suggest apa perkataan baku yg ni.
  448. Tojoh = jolok
  449. Tok = nenek. Kalau datuk = wan
  450. Tokak = gigit, baham dan yang sewaktu dengannya. Selalunya oleh binatang yang berahang dan bertaring.....macam anjing, kucing, harimau dll. Kalau semut yang gigit tak dinamakan tokak. Yang tu kita kata KETIT.
  451. Tomoih = terjatuh muka dulu. 
  452. Tonggek = meninggikan punggung, terutama bila berjalan. Khusus utk wanita.
  453. Tongkoi = tunggul. Kalau menongkoi maksudnya duduk saja tak buat kerja apa, macam tunggul.
  454. Tonyoh = to scrub. nanti aku cari BM nya.
  455. Toyu = kicap
  456. Tuang  = ponteng
  457. Tubik = terbit
  458. Tumpuk, bahagian korban. Setumpuk =  satu bahagian
  459. Tungau, besar sikit dari sekenet.
  460. Tuntun = to walk the bike, cow, buffalo etc. Kalau kita tuntun moto, maknanya kita berjalan menolak motor tu, kalau kita tarik lembu sambil berjalan, maknanya kita tuntun lembu tu.
  461. Tutuh = Bila kereta bertemu kereta (berlanggar). Jadi kalau dia kata, "Aku pi tutuh kereta dia," maknanya dia pi hentam kereta tu. Ada juga makna proses mengawan. Yang tu tak payah tahu lah.
  462. Ubi Bénggala = ubi kentang
  463. Ubi Kémili= ubi keling
  464. Wan = datuk
  465. Zaman tok nadog = lama sangat (long time ago). Tok Nadog (Nador) adalah seorang pahlawan silam.
----------------------------------------------------------------------
Ini antara Bahasa Inggeris yang masih dikekalkan oleh orang2 Kedah yang kebanyakannya berasal dari UK satu ketika dulu. Ulu Kedah laa....

Sebenarnya perkataan Bahasa Inggeris yang telah meresap masuk dalam perbualan dan telah diMelayu-Kedahkan.

  1. Ban; asalnya dari Bahasa Inggeris = Bund. Kat bendang2 hangpa jumpa banyaklah batas ban.....ie BUND of earth. 
  2. Baih Cépéreh = Bas Ekspress (Express Bus)
  3. Blob = bahagian-bahagian ladang getah untuk ditoreh. Asalnya block. Kalau kena toreh 2 blob, maknanya daban lah.
  4. Bob = buku. Asalnya book.
  5. Cékélat = gula-gula. HACKS tu cekelat juga. Asalnya Chocolate. 
  6. Cékérun....tak ramai orang tau perkataan ni, termasuk orang Kedah sendiri. Ia adalah buku log untuk catit hasil getah, kelapa sawit dll yang digunakan oleh mandor. Asalnya aku rasa ialah scroll.
  7. Daban asalnya English = double. Ini penoreh getah punya terminologi. Sebab kalau hari hujan depa tak boleh motong pagi, maka pada petang hari depa buat daban lah, ie dua kali.
  8. Dreba  asalnya English = driver. Pemandu bas ka, lori ka, semuanya dreba.
  9. Ek = Berlagak sombong. Contohnya, "Dia tu ek lah. Maklumlah dapat kereta baru." Asalnya ACT atau ACTION. 
  10. Eksyen = Sama dgn Ek
  11. Gostan = Undur. Asalnya Go Astern = Reverse. samalah kan.
  12. Henden Handle basikal.
  13. Jek = puji dengan tujuan membodek. Asalnya JACK, (ie to jack-up = mengangkat)
  14. Kala = warna/ mewarna . Englishnya Color
  15. Karan = letrik . Englishnya Current. Kalau hang pi saloon dan kerinting rambut, depa kata hang karan rambut, sebab mesin kerinting rambut tu guna letrik.
  16. Kolet = Orang yang issue tiket bas (Asal Collector)
  17. Koman = tak dak class (asalnya Common ie. Ordinary)
  18. Kona = selekoh atau belok (asalnya Corner)
  19. Lampu gaslin =  Lampu Gasoline. Pi tengok gambar sini lagi senang, 
  20. Lampu kabad sejenis lampu yang guna carbide. Selalunya digunakan penoreh getah.
  21. Matgat = mud guard basikal atau motor
  22. Mérkit = pasar (asalnya market)
  23. Misi = jururawat (dulunya yang bekerja dengan mission Kristian)
  24. Pancat = tayar pancit (ie Punctured)
  25. Piau = tulin, ori (Englishnya Pure)
  26. Poreh = Jabatan perhutanan/ kerja hutan  (Englishnya ialah Forest). Kalau ayah hang kerja poreh, maksudnya Forestry Officer lah, Pegawai Perhutanan.
  27. Prewel/ prevel = sprocket tayar basikal. (asalnya Freewheel). Ia akan membolehkan kita mengayuh pedal basikal ke belakang semasa cruising, walaupun tayar berpusing ke hadapan, Untuk mendapatkan lebih tujahan (thrust) budak2 kampung tukar ke prewel mati. Macam basikal fixie sekarang.
  28. Rapon = pakaian yang dah lusuh, kadang2 dah berlipat2, Asalnya ruffled.
  29. Rokok Sikéret....rokok berjenama macam Dunhill, Rothmans tu. Asalnya Cigarette
  30. Sepbot = almari ( asal Englishnya cupboard)
  31. Singgam = Chewing-gum
  32. Spenda = seluar dalam (asalnya Suspender)
  33. Syok = seronok (asal Englishnya Shocked)
  34. Tera = bagus/ hebat. Asalnya terror.
  35. Toslet = lampu suluh (Asalnya torch light)