Cinta tidak boleh dipaksa dan cinta bukan datang dengan sekelip mata.
Cinta bagaikan bintang di langit sana. Terlalu banyak yang bercahaya
indah tetapi cuma satu yang akan jadi igauan pemujanya.
Peraturan cinta menyatakan yang kita boleh mencintai sesiapa saja.
Kenapa? Kerana cinta itu adalah hak kita. Tak ada orang yang boleh
membunuh cinta yang tumbuh walaupun oleh orang yang kita cintai itu! Itu
peraturan pertama bercinta!
Cinta hanya satu perasaan. Jika diupam rasa, sarat emosi, maka bersemi,
mekar dan rendanglah ia. Tetapi, jika diabaikan, dibiarkan, pasti akan
layu dan kekeringan. Cinta tidak lebih hanya satu perasaan. Jika salah
kendali, bisa jadi penyakit.
Tuhan tahu rasa hati kita. Tuhan dengar keluhan kita. Kalau kita tak
lupa dia, dia tak lupa kita. Di tangan dia ada ‘kunci’. Dan, kita ada
pilihan sama ada mahu dapatkan kunci itu atau tidak.
Kadang-kadang, kita terlepas pandang bahawa Allah mengatur
segala-galanya. Mungkin Dia mahu kita bertemu orang lain, yang lebih
baik untuk kita dan memberikan orang yang lebih baik kepada orang yang
kita cintai.
Dalam hidup ini, tidak semua yang kita ingini akan kita dapat malah
kadangkala kita terpaksa berkorban hati dan perasaan. Apalagi bila
melibatkan perasaan orang lain.
Kadang-kadang Tuhan turunkan petir dan kilat, kita menangis mencari di
mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Tuhan hendak beri kita pelangi.
Terkadang, kita tidak dapat apa yang kita impikan. Lalu, kita
menyalahkan takdir kerana terlalu kecewa. Sedangkan, kita tidak sedar,
apa yang kita perolehi adalah lebih baik dari apa yang kita harapkan.
Sungguh benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita
kehilangannya. Tetapi sungguh benar pula bahawa kita tidak tahu apa yang
belum kita miliki sampai kita mendapatkannya.
Benarkah bahawa percintaan itu sesuatu yang indah? Benarkah setiap
pencinta akan terus mengingati kekasihnya walaupun kekasih itu tidak ada
buat menemaninya setiap waktu ?
Dan benarlah kata orang itu cinta itu buta. Cinta itu tidak memerlukan
cahaya matahari untuk menyuluh jalan sang pencinta itu walaupun jalan
itu amat sukar dan berliku. Cahaya hati dan perasaan sudah cukup untuk
menerangi segalanya.
Cinta adalah sesuatu yang indah dan unik anugerah dari Ilahi. Kita
diberi peluang untuk menilainya dan pergunakanlah peluang yang diberi
dengan sebaik-baiknya untuk melahirkan satu larian cinta yang indah.
Seindah waktu ia diciptakan.
Cinta itu aneh. Sukar untuk ditafsirkan. Datangnya bukan dari paksaan,
perginya pula tanpa kerelaan. Cinta itu penuh mesra dengan kasih sayang.
Ianya perlu dibelai dengan kelembutan bagi menyerikan lagi
keindahannya. Kekasaran boleh mencipta sebuah perpisahan.
Manusia kadang kala lupa, cinta adalah syarat berlangsungnya kehidupan
perkahwinan. Malah, tanpa cinta, perkahwinan itu akan mati, ibarat rumah
kosong tanpa penghuni.
Mungkin benar tatkala kita kehilangan barulah kita menyedari. Mungkin
benar saat kita terluka barulah kita mengerti. Mungkin benar bila kita
rasakan rindu yang sangat dalam barulah kita tahu seberapa besar makna
dan erti seseorang bagi kita.
Cinta…Jika anda memilikinya, anda tidak memerlukan sesuatu pun yang
lain. Dan jika anda tidak memilikinya,apa pun yang lain yang anda miliki
tidak banyak bererti.
Jika kita kehilangan cinta, pasti ada alasan di sebaliknya. Alasan yang
kadang-kadang sukar untuk dimengertikan. Namun percayalah bahawa ketika
Dia mengambil sesuatu, telah Dia mempersiapkan sesuatu yang lebih baik
untuk diberikan.
Cinta antara dua jiwa telah dikatakan boleh membakarkan semangat
seseorang itu untuk memeliharakan akhlak yang mulia, memperbaiki
pergaulan antara manusia dan menjaga adab dan keperibadiaan. Selain
daripada itu, ia juga dipercayai dapat menghilangkan kekhuatiran dan
ketakutan dalam hati, menjernihkan akal dan menyucikan jiwa kita.
Tetapi, cinta juga merupakan ujian, godaan dan cubaan kepada manusia
kerana ia merupakan pertarungan dan pertimbangan di antara akal dan
rasa.
Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan,mengapa pengorbanan itu bukan
noktah sebuah cinta? Andai kata derita itu harga sebuah cinta,mengapa
cinta itu semakin sukar utk dimiliki? Cinta umpama kota kristal, indah
di penglihatan , derita di perasaan….
Cinta tidak berupa tatapan satu sama lain, tetapi memandang ke luar bersama ke arah yang sama.
HANYA ada satu pelita yang dapat kita pegang dan akan sentiasa menyala
biarpun ketika malam yang gelap dan tetap akan menerangi tempat-tempat
yang jauh seperti menerangi tempat kita sendiri. Ia adalah cinta kepada
semua yang bernyawa.
JATUH CINTA pada seseorang insan yang masih dalam proses berdukacita
atas kehilangan orang tersayang, tidak pernah menjadi sesuatu yang mudah
kepada yang terkena tempiasnya.
APABILA pintu hati sudah terbuka, tidak perlu suasana romantis disimbah
cahaya lilin atau berlutut sambil merenung jauh ke dalam mata untuk
menyatakan rasa yang terpendam. Segala-galanya akan datang sendiri dan
difahami daripada hati luhur untuk menerima lamaran daripada sang
kekasih.
CINTA, MENYINTAI ATAU DICINTAI itu adalah lumrah sifat kejadian manusia.
Hak untuk bercinta dan menerima bergantung kepada individu itu sendiri.
Pilihan adalah terpulang kepada kita, jika pilihan berlandaskan agama
pasti hasilnya diberkati dan sekiranya berlandaskan nafsu pasti akan
terhumban ke lembah kehinaan.
CINTA itu adalah segugus kepercayaan yang abadi. Dan cinta sejati itu
bererti melepaskan orang yang disayangi terbang bebas ke dunianya. Kalau
betul kau milikku pasti engkau akan kembali menghangatkan cinta kita.
SEKIRANYA kamu dicintai oleh seseorang yang tidak kamu cintai, anggaplah
ia satu penghormatan buat dirimu tetapi kembalikan penghormatan itu
dengan cara yang ikhlas dan jujur.Jangan kamu ambil kesempatan dan
janganlah melukakan.
CINTA merupakan suatu perasaan yang agung. Jika cinta tiada lagi,
bererti salah satu nikmat Tuhan telah dicabut dari hati, tandanya salah
satu nilai kemanusiaan dalam diri anda mulai terhakis. Ia memerlukan
pengorbanan yang besar sambil bermodalkan keikhlasan serta kejujuran
yang tinggi.
ORANG yang tiada perasaan cinta adalah manusia yang hilang motivasi
dalamannya. Cinta seharusnya melahirkan tindakan yang melambangkan
kelembutan, kasih sayang dan kebijaksanaan terutama dalam membuat
keputusan berhubung dengan insan yang amat dicintai. Cinta adalah
kenderaan menuju kebahagiaan. Cinta murni sentiasa mampu pemandunya,
pemiliknya melepasi semua halangan demi kecemerlangan. Cinta boleh
membuatkan manusia bangun membina kehidupan yang terbaik.
ALANGKAH bodohnya manusia yang menjadikan cinta untuk membina kesusahan
di hari muka. Jika cinta dijelmakan dalam diri, ia begitu memotivasi.
Jika diberikan kepada seseorang ibarat memberikan segunung emas
kepadanya. Tatkala dijelmakan dalam rumahtangga, jawapannya adalah
kerukunan dan kesefahaman yang berpanjangan. Cinta yang murni adalah
pemangkin untuk kehidupan yang penuh kebahagiaan. Sebagaimana ia bermula
di hati, cinta seharusnya berkekalan hingga hujung nyawa.
CINTA yang benar-benar tulus dan ikhlas sepatutnya menjadikan pemiliknya
bertambah matang, beriman dan berperibadi mulia. Jika yang sebaliknya
berlaku, ia menjadi tanda bahawa itu bukan cinta sejati yang anda
cari-cari.
Jika ada sepuluh orang yang mengambil berat terhadapmu, maka sudah pasti
salah seorang daripada mereka adalah aku. Jika hanya seorang saja yang
mengambil berat terhadapmu, maka sudah tentulah orang itu adalah aku.
Dan jika tiada sesiapa lagi yang mahu mengambil berat terhadapmu lagi,
maka itu bermakna aku sudah tiada lagi di dunia ini.
Cinta adalah api. Namun kita tidak akan pernah tahu sama ada api itu akan menghangat atau menghangus hati kita.
Memberikan seluruh cintamu kepada seseorang bukanlah jaminan dia akan
membalas cintamu. Jangan mengharapkan balasan cinta, tunggulah hingga
cinta berkembang di hatinya, tetapi jika tidak, berbahagialah kerana
cinta tumbuh di hatimu.
Melafazkan cinta dan janji setia itu mudah. Mengotakan cinta dan janji
setia itu susah. Cinta dan janji setia yang hancur buat insan parah.
Masa depan yang cerah selalu bergantung pada masa lalu yang dilupakan.
Kamu tidak dapat hidup terus dengan baik jika kamu tidak melupakan
kegagalan dan sakit hati di masa lalu.
Hanya diperlukan waktu seminit untuk menafsir seseorang, sejam untuk
menyukai seseorang dan sehari untuk mencintai seseorang. Tetapi
diperlukan waktu seumur hidup untuk melupakan seseorang.
Yang pertama belum tentu yang terbaik, yang terbaik biasanya yang
terakhir. Tetapi yang sukar dilupakan adalah yang pertama, sedangkan
yang terakhir masih menjadi tanda-tanya.
Mencintai juga bukanlah bagaimana kamu melupakan dia bila dia berbuat
kesalahan, melainkan bagaimana kamu memaafkan, bukanlah bagaimana kamu
mendengarkan, melainkan bagaimana kamu mengerti, bukanlah apa yang kamu
lihat, melainkan apa yang kamu rasa, bukanlah bagaimana kamu melepaskan,
melainkan bagaimana kamu bertahan.
Kata-Kata Cinta
Cinta seperti matahari, ia tetap bercahaya. Walau malam menjelma,
cahayanya pada bulan tetap menerangi kekadang ia juga gerhana tetapi
akan kembali jua kecerahannya.
Cinta adalah santapan jiwa. Jiwa tanpa cinta bagai rumah yang kosong. Cinta tanpa menjiwai bagai layang-layang putus tali.
Cintu adalah buta…cinta tidak mengenal usia, paras rupa, mahupun
kekayaan dan harta karun, tetapi dari keikhlasan dari hati setiap insan
antara satu sama lain.
Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu
kadang kala dibalas dengan sikap tidak sopan. Jika cinta suci tidak
datang daripada tabiatnya, maka tidak ada gunanya cinta yang
dibuat-buat.
Sayang tidak bermaksud cinta. Suka tidak serasi dengan cinta. Kagum
tidak bererti cinta. Bangga tidak semestinya cinta. Cinta adalah CINTA .
Cinta itu seperti sinar matahari, memberi TANPA mengharap kembali. Cinta
itu seperti sinar matahari, TIDAK MEMILIH siapa yang ia sinari. Cinta
itu seperti sinar matahari yang MEMBERI KEHANGATAN DI HATI..
Cinta umpama ‘treasure hunt’. Cita cita dan tujuan kita satu untuk
menuju ke penamat yang paling mengembirakan. Namun di dalam perjalanan
kita akan menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran. Andainya tidak
mampu meneruskan, kita akan tersungkur dan hadiah utamanya akan di kebas
oang lain. Tetapi tak usahlah kecewa. Walaupun hadiahnya tidak kita
perolehi, tetapi keseronokannya kita sudah rasa. Jadi bercintalahsepenuh
hati. Namun janganletakkan harapan terlalu tinggi.
Kekecewaan terlalu pahit untuk ditelan, terlalu payah untuk dilupakan
namun dalam cinta pasti akan merasai kecewa dan dikecewakan walau bukan
itu matlamat dalam setiap percintaan.
Kadangkala orang yang paling mencintaimu adalah orang yang tak pernah
menyatakan cintanya padamu kerana orang itu takut kau berpaling dan
menjauhinya. Dan bila dia suatu masa hilang dari pandanganmu….kau akan
menyedari dia adalah cinta yang tidak pernah kau sedari….
Cinta suatu yang indah, cinta boleh buat kita gundah, cinta buat hati
berdarah dan cinta jua boleh membawa kesalan yang tak sudah...
#note::copycatss
namika aizawa
namika aizawa