Andai lelaki tahu...
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.
Andai lelaki tahu...
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna
dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah
menyintai lelaki itu.
Andai lelaki tahu...
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal
perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat
dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta,
mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang
mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.
Andai lelaki tahu...
Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk
membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih
dekat.
Andai lelaki tahu...
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia
tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih
baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.
Andai lelaki tahu...
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia
tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda
anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu
risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan
yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang
terbaik untuk anda.
Andai lelaki tahu...
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya
mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup
dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.
Andai lelaki tahu...
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia
tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya
Andai lelaki tahu...
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar
maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di
mata.
Andai lelaki tahu...
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan
percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu
melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia
dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi
yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.
Andai lelaki tahu...
Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan
kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena
caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam
masa sesaat.
Andai lelaki tahu...
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak
bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan
fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia
akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi
dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan
pada diri anda.
Andai lelaki tahu...
Sememangnya Tuhan menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan
yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan
saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh
Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu
kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat
bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya
kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula
membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang
perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan
kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan
membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi
perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda...