Dalam mencari jodoh nieyh pasti kebanyakan di antara kita lebih senang
dan
selesa untuk mencari jodoh sendiri kan
berbanding menerima pilihan orang tua sebab
merasakan lebih selesa dan serasi kalau berkahwin dengan pilihan
hati yang telah dikenali lebih awal dan tahu hati budi mereka terlebih
dahulu.
Namun sejak kebelakangan ini akibat kesibukan dalam mengejar kerjaya
ramai yang lupa memikirkan tentang soal jodoh.
Bukan tidak memikirkan
tetapi mereka tak sempat untuk keluar dan berkenalan dengan insan yang
sesuai untuk dijadikan jodoh.
Ramai yang terpaksa menerima jodoh yang telah ditentukan oleh
keluarga sendiri akibat tidak mampu mencari pilihan sesuai untuk
dijadikan pasangan hidup.
Ada yang menerima dengan baik dan ada juga
yang merasa amat terseksa dengan pilihan keluarga. Bagi yang tiada
sesiapa pastinya merasakan pilihan keluarga adalah terbaik,
namun bagi
yang sudah mempunyai pilihan hati sendiri menerima jodoh pilihan
keluarga adalah satu bebanan perasaan yang tidak mampu dibendung kerana
terpaksa hidup bersama insan yang tidak dicintai dan terpaksa pula
berpisah dengan kekasih hati demi memenuhi permintaan dari orang tua.
Bagi yang melalui fasa yang getir , harapnya kowang
banyakkan bersabar.
Berdoa dan solatlah banyak-banyak minta petunjuk
dari Allah.
Allah pemilik segala hati, dia mampu membolak balikkan hati
kita semua. Mana tahu jika suatu hari nanti kamu akan bahagia dan dapat
menerima pasangan yang telah keluarga tentukan itu.
Segala apa yang
berlaku ada hikmahnya, jika kamu percaya dengan pilihan keluarga pasti
kamu akan lega dan berlapang dada.
Tiada orang tua yang menginginkan
anak mereka tidak bahagia.
Jika belum berkahwin dengan pilihan keluarga bawalah berbincang jika
benar-benar kamu tidak bersetuju dengan pilihan mereka.
Bincang dengan
baik dan terangkan perasaan kamu sebaik mungkin. Solat istikharah dan
minta petunjuk dari Allah…wallahua’lam.
LOT OF LOVE
Divas